GOLD COAST: Datuk Lee Chong Wei pada Sabtu menempah tiket ke perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2018, yang akan berlangsung Ahad. Beliau mengambil masa 58 minit untuk mengalahkan pemain India H.S. Prannoy 21-16, 9-21, 21-14 pada perlawanan separuh akhir di Carrara Sports and Leisure Centre di sini. Chong Wei, yang kini menduduki ranking ketujuh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan bertemu pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India. Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Srikanth hanya mengambil masa 31 minit untuk menundukkan pemain England Rajiv Ouseph dengan 21-10, 21-17.- BERNAMA