suria

Gaji Ronaldo tiga kali ganda lebih mahal, tapi gol tak kunjung tiba!

Ronaldo dibayar sebanyak 31 juta euro (RM148 juta) setahun oleh Juventus. - AFP

CRISTIANO RONALDO sudah dijangka akan dibayar dengan jumlah yang lumayan oleh Juventus.

Tetapi, laporan baharu mendedahkan betapa banyaknya jumlah yang diperoleh pemain kelahiran Portugal itu.

Menurut laporan di Tuttosport, bintang Portugal tersebut dibayar tiga kali ganda lebih tinggi daripada pemain lain dalam Serie A.

Sejak tiba di Turin dengan nilai perpindahan 88 juta pound (RM468 juta) dari Real Madrid pada musim panas baru-baru ini, penyerang itu masih belum dapat menjaringkan gol untuk Juventus.

Bagaimanapun, laporan Eurosport menyatakan bahawa Ronaldo dibayar sebanyak 31 juta euro (RM148 juta) setahun oleh Juventus bagi kontrak selama empat tahun.

Penyandang Ballon d'Or lima kali itu dilaporkan menerima bayaran tiga kali ganda (secara berperingkat) lebih tinggi daripada pemain kedua termahal dalam liga tersebut, Gonzalo Higuain.

Penyerang Argentina terbabit membawa pulang hanya 9.5 juta euro (RM46 juta) semusim bagi skuad Milan, namun jumlah itu tidak setanding dengan pendapatan Ronaldo.

Jika Higuain dikeluarkan daripada senarai, Ronaldo memperoleh pendapatan empat kali ganda daripada seorang lagi pemain termahal iaitu Paulo Dybala yang menerima 4 juta euro (RM34 juta).

Cristiano Ronaldo

Artikel Lain