PERSATUAN Bolasepak Jepun (JFA) membatalan perlawanan persahabatan bertemu Chile di Sapporo berikutan kejadian gempa bumi pada Khamis. Kejadian gempa bumi yang berlaku di dengan magnitud 6.7 menggegar Hokkaido dan sekurang-kurang tujuh orang terbunuh, manakala lebih 12 orang dihantar ke hospital. Ia juga menyebabkan tanah runtuh berlaku di kepulauan utara itu serta kehilangan tempat tinggal dan bekalan elektrik. Presiden JFA, Tashima Kohzo mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa gempa bumi. Menurut kenyataannya, pembatakaln perlawanan itu juga disebabkan kerosakan serius di stadium Sapporo Dome yang sepatutnya menjadi venue perlawanan. Penerbangan dan perkhidmatan keretapi di Hokkaido juga terpaksa dibatalkan. Pasukan Jepun dijadualkan akan melayan kunjungan Costa Rica pada aksi persabahatan di Osaka Selasa depan.