suria

Maradona kembali jadi jurulatih

MARADONA dilantik sebagai jurulatih kelab divisyen dua Mexico, Dorados.

Kelab tersebut mengeluarkan satu video di laman media sosial mereka dengan mesej 'Welcome Diego' dan 'Make it a 10', jersi yang pernah disarung legenda Argentina itu.

Walaupun Dorados berpangkalan di Sinaloa, barat laut Mexico, tidak memberikan maklumat terperinci, akhbar Mexico mendedahkan Maradona telah dilantik bagi menggantikan Francisco Gamez.

Dorados memecat Gomez pada Khamis lalu selepas permulaan yang buruk musim ini apabila kelab itu hanya mengutip tiga mata.

Kelab itu kini menduduki tangga ke-13 daripada 15 pasukan bertanding.

Maradona, 57, diangkat sebagai salah seorang pemain terhebat dunia selepas membantu Argentina menjulang trofi kedua pada saingan Piala Dunia pada 1986.

Dia juga pernah mengendali beberapa kelab di Argentina dan Emiriah Arab Bersatu (UEA) termasuk menjadi jurulatih Argentina yang mengemudi skuad itu pada saingan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Maradona, Dorados

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain