LIONEL Messi terdesak mahukan Barcelona mengikat pemain tengah Ajax, Frenkie de Jong, menurut jurulatih Belanda Aad de Mos. De Jong dikehendaki oleh beberapa kelab utama Eropah tetapi persaingan utama Barcelona untuk menandatangani pemain itu adalah Manchester City dan Paris Saint-Germain. Namun, Barcelona berjaya memenangi persaingan itu dan telah bersetuju menantangani perjanjian dengan Ajax yang bernilai € 75 juta (RM353 juta) untuk mendapatkan De Jong pada akhir musim ini. Sementara itu, De Mos yang telah memenangi tiga gelaran Eredivisie semasa menggalas tanggungjawab sebagai pengurus mendakwa Messi memainkan peranan penting dalam menekan Barcelona untuk mendapatkan De Jong. "Bola sepak Barcelona sesuai dengan De Jong. "Ketika anda dan saya melihat dua penyelesaian dalam perlawanan, De Jong dapat lihat tiga atau empat solusi. "Dia selalu bermain jauh, bukannya di depan. Saya mendengar bahawa bos besar (Messi) terlalu menginginkan De Jong. "Kemudian anda tahu bahawa Barcelona akan berusaha untuk memenuhinya," kata De Mos kepada HLN. Dalam pada itu, De Jong berkata: "Bagi saya, ia adalah sesuatu yang istimewa. "Semua orang tahu bahawa saya rasa dia (Messi) ialah pemain terbaik. "Tapi, saya tidak melihat dia sebagai seorang peminat, saya akan jadi rakan sepasukannya." - Metro UK