PASUKAN D'Xavier dari Vietnam muncul juara dalam kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMPL) South East Asia Championship 2022. Pasukan itu memperlihatkan aksi cemerlang sejak hari pertama pertandingan dan berjaya mengekalkan momentumnya sehingga hari terakhir perlawanan. D'Xavier berjaya mendapat 201 mata sepanjang 18 perlawanan yang berlangsung selepas menamatkan persaingan sebagai naib juara PMPL Vietnam dan PMGC East dengan penuh bergaya. Sementara itu, pasukan Vampire Esports mungkin tidak bermula dengan baik di awal perlawanan namun mereka berjaya menduduki tempat kedua dengan 187 mata di belakang D'Xavier. RRQ Ryu pula yang jatuh ke tangga keenam pada hari kedua, tidak menyerah kalah apabila berjaya menempatkan diri ke tempat ketiga dengan 166 mata. Kedudukan keseluruhan semua pasukan bertanding. Pasukan itu turut memenangi trofi penghormatan MVP dengan wang ganjaran sebanyak USD$3,000 (RM12,000). ARTIKEL BERKAITAN: UniPin-Moonton umum perkongsian untuk Mobile Legends: Kejohanan Piala Asia Tenggara Bang Bang, MSC 2022 Tidak ketinggalan, Eagle Esports yang selesa di kedudukan tangga kedua pada hari kedua pertandingan terpaksa akur di tempat keempat dengan 157 mata manakala Bacon Time yang persembahan mereka kurang memuaskan membuat kejutan dengan berada di tempat kelima pada pertandingan itu. Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang ditawarkan penganjur adalah USD$150,000 (RM600,000) dan D'Xavier berjaya membawa pulang USD$31,500 (RM126,000) manakala Vampire Esports dan RRQ Ryu masing-masing menerima USD$20,000 (RM80,000) dan USD$16,500 (RM66,000). Beberapa tahun kebelakangan ini, Vietnam telah menyaksikan pertumbuhan ketara dalam sukan esports PUBG dan pasukan dari rantau ini telah berjaya menggondol trofi pada kejohanan South East Asia Championship 2022. Apa lebih menarik, pasukan manakah yang akan diundang menyertai PUBG Mobile World Invitational 2022. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI