suria

“Siap. Pakcik Akan Ada Di Sana”

Thanabalan (kiri) bersama keluarganya. Khairy Jamaluddin (gambar kecil).

PETALING JAYA: Tidak dinafikan laman sosial mampu mendekatkan jarak antara figura terkenal dengan rakyat biasa.

Impian penjaring sensasi N. Thanabalan untuk membawa bapanya menyaksikan perlawanan akhir bola Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) mungkin menjadi kenyataan gara-gara Twitter.

Terkini, tweet oleh pengendali '@twt_bola' mencuri perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menyediakan tepat istimewa buat bapa penjaring empat gol sepanjang temasya KL2017.

Malahan, Thanabalan membuktikan keupayannya apabila menjadi peledak gol tunggal negara pada aksi separuh akhir ketika menewaskan Indonesia, Sabtu lalu.

Status yang dimuat naik oleh TwtBola: "Hei @khairykj tolong sediakan tempat istimewa buat bapa Thana untuk saksikan anaknya bermain pada final."

Khairy menjawab ringkas: "Done. Uncle will be there (Siap. Pakcik akan ada di sana.)

Sebelum ini, mStar Online melaporkan pemain berusia 20 tahun dari kelab Felcra itu turut memberitahu kemungkinan besar teman wanita, ibu dan dua adiknya akan hadir pada perlawanan akhir Malaysia menentang juara bertahan Thailand di Stadium Shah Alam esok.

"Cuma bapa saya yang tidak dapat hadir. Mungkin agak sukar untuknya kerana bapa saya lumpuh. Jadi bapa  akan menonton di televisyen sahaja.

"Begitu juga rakan-rakan saya yang lain, kalau mereka dapat beli tiket hari ini, mesti mereka juga datang.

"Dan saya juga berharap semua peminat bola sepak negara datang memberi sokongan kepada kami. Ia amat penting," ujarnya.

Artikel Sebelum

Polis Beri Amaran Keras

Artikel Lain