suria

Pankek kartun idea selepas tonton video TikTok, peniaga ini tak menang tangan layan pelanggan - “Sehari boleh dapat 100 pesanan”

KREATIF dan berseni, itulah perkataan boleh diungkap tentang pembuat pancake lukisan kartun yang tular dikenali sebagai Nor Syahmizi.

Kata Syahmizi atau Nor Syahmizi Safuan Nordin, dia mula berkecimpung dalam perniagaan tersebut selepas isterinya mendapat inspirasi daripada peniaga di Thailand.

"Saya memulakan perniagaan ini sejak enam bulan lalu. Ia bermula sebab isteri tengok di TikTok ada peniaga di Thailand jual pankek dengan lukisan kartun.

"Sebab suka dengan hasilnya, isteri ajak saya buat. Awalnya kami buat di rumah dan muat naik hasilnya di TikTok.

"Tak sangka pula ramai pula yang suka dan minta kami buat. Itu pencetus kami buka perniagaan ini," katanya ketika ditemui mStar.

Dalam pada itu, Syahmizi mengakui pada awalnya tidak mudah menarik pelanggan membeli pankek yang dihasilkan.

Bagaimanapun berkat kesabaran dan usaha gigih, dia kini mampu menjual sehingga 100 keping pankek dengan pelbagai lukisan setiap hari.

"Sambutan meningkat pada bulan kedua saya berniaga. Ada harinya sampai 100 kartun saya buat dalam sehari.

"Kadang-kadang, kedai baru nak buka tapi sudah ramai orang beratur nak beli pankek. Alhamdulillah rezeki.

"Saya jual pun murah RM10 sahaja sebab saya tahu ada orang anak ramai. Jadi saya tak mahulah jual mala sebab saya bukan jual seni tapi makanan," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi