suria

Dipenjara akibat memiliki dadah di Singapura detik hitam Tony Eusoff

PENGALAMAN dipenjara di Singapura akibat kesalahan memiliki dadah pada 2016 detik hitam tidak dapat dilupakan pelakon Tony Eusoff.

Imbas Tony atau Anthony Joseph Hermas Rajiman, 48, ia merupakan tindakan paling bodoh pernah dilakukan dalam hidupnya.

“Itu merupakan satu episod hitam dalam hidup saya. Semasa itu saya rasa sangat takut dan bersalah kepada ibu saya. Saya sempat peluk dia untuk kali terakhir, ketika itu dia menitiskan air mata.

“Itu adalah perkara sangat menyakitkan bagi saya sebagai seorang anak. Saya juga mengaku yang ketika itu tiada orang aniaya saya. Itu semua salah sendiri,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Tony dihukum penjara selama lima bulan bermula April 2016 sehingga Oktober 2016 di Penjara Admiralty West Singapura.

Mengulas mengenai seorang pelawak yang ditahan di Jeddah akibat ganja, Tony berharap supaya orang ramai tidak menilai dan membuat sebarang spekulasi.

“Tunggu kes selesai baru kita nilai. Tolonglah guna akal sendiri. Semua tindakan yang dibuat mesti ada sebab dan mungkin orang tersebut terdesak,” ujarnya.

TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi