suria

Awas ya! Tiga bahan dalam suplemen boleh jadi punca masalah buah pinggang

Masalah buah pinggang boleh berlaku jika tersalah makan suplemen dengan bahan yang membahayakan.

PENGAMBILAN suplemen memang boleh memberi manfaat kepada kesihatan manusia namun ada juga yang berisiko mendatangkan bahaya terutamanya kepada buah pinggang.

Kebiasaannya suplemen merupakan campuran beberapa nutrisi baik untuk tubuh seperti vitamin, mineral serta protein.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda kontak rapat kes Covid-19? 5 perkara ini perlu diberi perhatian

Namun kajian mendapati kandungan tertentu dalam sesuatu suplemen dapat menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta memburukkan situasi pesakit sudah menderita berdepan masalah ginjal.

Beberapa bahan ini secara umumnya sukar diproses oleh buah pinggang sehingga organ ini terpaksa bekerja lebih untuk memprosesnya.

Kandungan yang tidak boleh diproses itu sebenarnya adalah racun kepada tubuh.

Berikut adalah kandungan suplemen yang berbahaya kepada ginjal seperti dilaporkan National Kidney Foundation Amerika Syarikat.



Periksa kandungan suplemen sebelum dimakan.

1. Potasium

Suplemen yang mengandungi potasium perlu dielakkan terutamanya pesakit buah pinggang termasuk yang menjalani rawatan dialisis.

Potasium sebenarnya baik untuk mengatur keseimbangan cecair dalam badan, otot dan saraf namun bagi orang yang mempunyai masalah ginjal, ia tidak dapat diproses dengan baik.

Ia sekali gus akan menyebabkan pesakit sukar bernafas, sakit dada dan jantung berdebar.

Potasium banyak digunakan dalam suplemen berasaskan buah-buahan dan sayuran seperti daun ketumbar, daun bawang, daun sirih, betik, kunyit dan sebagainya.

2. Fostor

Jika label sesuatu suplemen menunjukkan penggunaan fostor, sebaik-baiknya elakkan meskipun ia baik untuk kesihatan tulang.

Pengambilan fostor secara berterusan akan membuatkan ginjal bekerja lebih kuat dan boleh menyebabkan ia rosak. Apatah lagi kepada yang memang sudah mengalami masalah itu.

Buah pinggang yang sudah sedia rosak, fostor tidak dapat diproses sehingga dapat menjadi racun pada tubuh.

Fostor banyak terdapat dalam suplemen berasaskan herba seperti daun ketumbar, lobak merah, biji bunga matahari, kunyit dan sebagainya.

3. Suplemen Diuretik

Selain itu, suplemen yang bersifat diuretik juga sepatutnya dijauhi. Diuretik adalah kemampuan untuk membuang kelebihan garam dan air dalam tubuh melalui air kencing.

Suplemen ini dapat menyebabkan kerosakan pada buah pinggang kita.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain