suria

Asyik dengar suara ghaib ketika belajar di Australia rupanya permulaan skizofrenia, wanita kongsi kisah hidup

Hanisah berkongsi coretan kisahnya sebagai pesakit skizofrenia menerusi penulisan e-buku.

BERMULA dengan terdengar bisikan suara ghaib, siapa sangka ia adalah simptom awal wanita ini menghidap skizofrenia.

Berkongsi cerita dengan mStar, Hanisah Mashkuri berkata dia didiagnos menghidap penyakit mental tersebut ketika masih bergelar penuntut tahun akhir di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia pada 2007.

"Asyik terasa malas, depresi nak pergi segala kelas tutorial atau lecture (kuliah). Lepas tu risau kalau gagal tak graduate, tak dapat bawa sijil degree balik Malaysia.

"Mula terdengar suara diejek-ejek 'loser' seakan-akan dinding berkata-kata. Student Counsellor Lecturer mula telefon dan tanya follow up bagaimana kelas? Terasa dia tahu ke saya asyik terlepas kelas, ponteng semua ni dah sebulan sejak semester bermula Februari? Saya menangis dan sedih.

hanisah 1

Melukis sebagai salah satu terapi diri.

"Dia kata, dia boleh tolong tapi kena pergi kelas semula serta dinasihatkan pergi jumpa doktor untuk diagnos kerana dia hanya kaunselor.

"Lepas sebulan pergi kelas semula, baru nak pergi jumpa doktor. Saya rasa tak ada apa-apa, mungkin sedih. Tapi rupa-rupanya selepas explain simptom, terdengar suara cakap 'loser, malas', sering sedih, senang anxiety... saya didiagnos dengan skizofrenia," ujar wanita berusia 39 tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup dia nak protect saya saja” - Isteri reda suami ada penyakit ‘obses teruk’ dengan dirinya... tiada kawan, famili

Menurut Hanisah, dia sendiri sukar untuk menerima hakikat dirinya merupakan seorang pesakit skizofrenia dan berada pada fasa 'in denial' (penafian) selama kira-kira sebulan.

Malah dalam tempoh tersebut juga, dia mengelak untuk menjawab panggilan telefon daripada keluarga di Malaysia, sekali gus membuatkan keluarganya bingung serta tertanya-tanya tentang perkembangan dirinya.

"Mereka tanya macam-macam soalan, ada masalah ke study? Susah ke nak habiskan sikit saja lagi? Akhirnya terpaksa beritahu didiagnos skizofrenia. Mereka juga in-denial. 'Perasaan kamu aja tu' kata mereka.

"Namun saya jadi 'pretender', berlakon happy depan orang, depan kawan-kawan. Apabila seorang diri, asyik depressed, anxiety, terdengar suara-suara ejekan itu," ujarnya lagi.

hanisah 2

Bersama salah sebuah lukisan yang dihasilkan.

Sungguhpun bergelut dengan masalah kesihatan mental, Hanisah berjaya menghabiskan pengajiannya dan membawa pulang segulung ijazah dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi, sebelum pulang ke tanah air pada 2008.

"Balik for good pada 2008. Senyap-senyap ambil ubat kerana ibu bapa masih 'in denial' hingga meletus psikosis menyanyi, menari bercakap sendiri. Bila balik bertambah depressed. Jadi terpaksa diagnos semula," ujarnya.

Hanisah meneruskan rawatan serta konsultasi di Klinik Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tempoh berkala sehinggalah dia semakin pulih.

"Selepas setahun aktif sertai segala aktiviti, dapat Sijil Kesihatan Mental menunjukkan bukti saya dah sihat boleh kembali bekerja semula oleh Pihak Daycare Pskiatrik PPUM.

"Hari-hari juga sering berdoa sendiri di rumah, seusai solat agar segera pulih untuk senang jaga diri sendiri. Selepas diagnos kali kedua dan dah lama selepas itu, baru semua ahli keluarga boleh terima dan beri sokongan kepada saya.

"On off anxiety itu tetap ada... tapi cuma apabila Covid-19 menjelma 2020, baru nak fokus kepada Personal Branding sendiri, baru ketemu dengan Theta Healing melalui Personal Branding Coach pada 2021," cerita ibu kepada dua orang cahaya mata ini.

Saya jadi 'pretender', berlakon happy depan orang, depan kawan-kawan. Apabila seorang diri, asyik depressed, anxiety, terdengar suara-suara ejekan itu.

HANISAH MASHKURI

PEJUANG SKIZOFRENIA

Kian pulih, Hanisah yang merupakan seorang surirumah berkata, dia terpanggil untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang skizofrenia kerana mahu mendidik dan memberi kesedaran tentang kesihatan mental kepada umum.

"Tercetus idea untuk menulis ketika Oktober 2020 iaitu bulan Kesedaran Kesihatan Mental. Saya tercari-cari apa nak fokus pada Personal Branding saya.

"Jadi tercetus idea menulis setiap hari seakan 'blog' di media sosial, dari awal bagaimana saya diagnos dan hingga kini still thriving teruskan kehidupan untuk integrate with society sebagai ahli masyarakat juga.

"Demi niat membuka minda dan mata orang sekeliling, orang seperti saya juga mahu bahagia dan berjaya seperti orang lain yang bekerjaya, meski saya hanya surirumah. Ada degree, ada diploma," ujarnya yang merupakan penulis separuh masa dan juga pelukis.

Hanisah kini sudah menyusun kisah hidupnya melalui empat siri E-buku dalam bahasa Melayu, 'Ku Dengar Suara' yang merupakan debut pertamanya sebagai seorang pengarang.

buku

E-buku yang dihasilkan oleh Hanisah mengenai kisah sebagai seorang pejuang skizofrenia.

Dia kini dalam proses menterjemahkan buku 'Ku Dengar Suara' ke dalam bahasa Inggeris berjudul 'I Hear Voices' dengan tujuan mahu menembusi pasaran antarabangsa dan global.

"Harapan lain, saya menyimpan keinginan menjadi wakil Malaysia sebagai Mental Health Advocate Speaker, sebagai seorang yang sudah survive Skizofrenia, Depression dan Anxiety.

"Jika orang macam saya boleh melalui pancaroba stres hidup ini, apalah sangat orang normal pasti boleh buat lebih baik daripada saya kan?

"Saya harap 'Ku Dengar Suara' boleh dijadikan penyuntik semangat kepada anak-anak muda terutamanya pelajar sekolah menengah, pelajar universiti, fresh graduate.

"Penyakit mental boleh terjadi pada sesiapa. Seperti saya, sebagai contoh, seorang Melayu Wanita Muslim, pakai tudung lagi tapi berjaya pulih hasil early intervention," ujarnya lagi.

E-buku 'Ku Dengar Suara' boleh didapati dalam talian di https://www.e-sentral.com/publishers/filter/8344

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain