suria

Perhatian mangsa banjir... ada perkara perlu diberi perhatian ketika bersihkan rumah

kerja-kerja mencuci rumah akibat banjir perlu dilakukan dengan teliti.

BEBERAPA kawasan yang dilanda banjir mungkin sudah reda dan ada penduduk sudah kembali ke rumah masing-masing, namun ia bukan perkara menggembirakan.

Sebaliknya pemilik rumah perlu berhadapan dengan kesan banjir yang telah merosakkan struktur kediaman, selain harta benda musnah disaluti lumpur hingga menyebabkan kebanyakannya terpaksa dibuang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan panik! Ini perkara yang harus dan tak patut dilakukan untuk selamatkan kereta sangkut dalam banjir

Proses pemulihan dan membersihkan rumah bukanlah semudah disangkakan sebaliknya ia adalah proses rumit dan memakan masa selain memerlukan dedikasi tinggi dalam mengembalikan kediaman kesayangan kepada asal.

Bagi seorang pengguna Twitter iaitu Faisal Rahim, pengalaman sering menghadapi banjir sebelum ini telah membuatkan dia dan keluarga sentiasa bersedia dan tahu apa perlu dilakukan pasca banjir.

Menurut Faisal, waktu terbaik untuk mula kembali ke rumah dan memulakan proses pembersihan adalah ketika;

file7ixjri0ny9zrn87u9w2

keluarkan semua barang-barang ke kawasan terbuka.

1. Air banjir paras betis

Faisal menjelaskan berdasarkan pengalaman sebelum ini, apabila paras air di bahagian betis lebih mudah untuk mencuci dinding selain menarik keluar permaidani dan tikar getah untuk dibasuh dan dijemur.

Pada keadaan ini juga, perabot seperti kerusi, meja makan dan tilam yang sudah rosak lebih mudah dialihkan untuk dibuang.

file7ix0upw3fncj221gbrk

Mencuci lumpur adalah bahagian paling penting.

2. Air banjir paras buku lali

Ketika air sudah surut ke paras buku lali, Faisal berkata, pemilik boleh kembali sekali lagi ke rumah untuk kerja-kerja pembersihan lumpur dan kotoran yang melekat di lantai dan dinding.

Proses ini penting dilakukan pada waktu ini kerana sekiranya air banjir sudah kering sepenuhnya, lumpur lebih sukar dibersihkan apatah lagi jika ia melekat pada lantai dan dinding.

"Hendak membersihkan rumah yang berlumpur (kering) sangat memenatkan. Seminggu pun belum tentu boleh disiapkan.

"Sukarelawan paling banyak diperlukan untuk membersihkan rumah ketika ini," ujarnya.

Bagaimanapun, sebelum pulang ke kediaman masing-masing, pemilik perlu memastikan mendapat kebenaran pihak berwajib dan keadaan benar-benar selamat.

Selain beberapa tip membersihkan rumah yang dikongsikan Faisal, pemilik juga dinasihatkan untuk melakukan beberapa perkara ini.

file7ix3kno2cyo1fe78ubrk

Cuci perabot yang boleh diselamatkan dengan bersih.

1. Pastikan keadaan selamat

Keselamatan adalah perkara paling penting dan perlu menjadi keutamaan. Ini kerana meskipun hujan sudah berhenti dan banjir mula surut itu bukan bererti rumah berada dalam keadaan selamat dan kukuh.

Atas sebab itu pemilik perlu memastikan keadaan rumah selamat sebelum masuk ke dalam rumah seperti memeriksa kerosakan struktur, keretakan, kabel elektrik dan sebagainya.

Plaster basah atau papan dinding sangat berat dan berbahaya jika mereka runtuh. Adalah lebih baik untuk tidak pulang ke rumah sehingga pihak berkuasa mengesahkan bahawa ia selamat untuk berbuat demikian.

file7ixjwoalxc1pcoq39w2

Barangan yang tidak boleh dipakai perlu dibuang.

2. Sumber elektrik ditutup

Pastikan anda tidak menggunakan sebarang sumber elektrik ketika kerja-kerja mencuci sehingga kompenan elektrik telah dibersihkan, dikeringkan dan diperiksa oleh juruelektrik dan mengesahkan ia selamat.

Jika tidak sempat mematikan suis utama sebelum banjir, elak masuk ke dalam rumah sehingga juruelektrik mengesahkan kediaman anda selamat.

3. Buka pintu dan tingkap

Selepas semuanya selamat, buka pintu dan tingkap rumah bagi membolehkan udara kering dan segar masuk ke dalam kediaman menggantikan udara lembap yang terperangkap sebelum ini.

Tidak hanya pengedaran udara lebih segar, proses mengeringkan lantai dan dinding menjadi lebih cepat.

Antara peralatan keselamatan semasa membuat pembersihan selepas banjir seperti berikut; sarung tangan getah, kaca mata pelindung, pelitup muka, baldi, peluntur, tuala, berus, plastik sampah dan penyapu sebagainya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain