suria

Rumput lambat tumbuh semula lepas guna cara ini... Puas hati ikut petua DIY racun guna bahan dapur

Keadaan rumput selepas disembur sebatian DIY.

PERSEKITARAN halaman rumah dengan elemen semula jadi membantu penghuni mendapatkan ketenangan dan keselesaan.

Memastikan landskap kehijauan kekal cantik bukanlah perkara mudah kerana penyelenggaraan perlu dilakukan secara berkala dan mendapat sentuhan pakar.

Bagaimanapun anda masih boleh menjaganya supaya kelihatan kemas dengan membuang dahan mati atau daun yang sudah layu termasuk memotong rumput.

Anda yang ingin melakukannya secara rutin, boleh mencuba kaedah mudah dan murah yang dikongsikan Berkebun Di Rumah.

Paling penting, petua do it yourself (DIY) ini bukan sahaja bebas bahan racun malah rumput tumbuh lebih lambat berbanding biasa, kesannya dalam tempoh seminggu sahaja.

Bahan dan alatan yang diperlukan.

Bahan dan alatan yang diperlukan.

Bahan-Bahan:

1. Cuka masakan

2. Sabun pencuci pinggan

3. Alat penyembur

Cara penyediaan:

1. Tuangkan cuka masakkan ke dalam alat penyembur.

2. Setelah itu, titiskan tiga atau empat sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur.

3. Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.

4. Sembur sekali sahaja di seluruh kawasan, selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain