suria

Jari wanita hamil 8 bulan bengkak digigit kucing, gagahkan diri urus si bulus... Suami macam ‘OKU jadian’, pura-pura pekak bila minta tolong!

Ramai yang berpendapat wanita hamil disarankan untuk tidak menguruskan kucing dibimbangi dijangkiti virus. -Gambar hiasan

PASTI rata-rata dalam kalangan kita biasa mendengar ungkapan 'ketika bercinta segala-galanya indah belaka'.

Namun semuanya berubah apabila sudah melangkah masuk ke alam perkahwinan lebih-lebih lagi apabila sifat sebenar pasangan langsung tidak dijangkakan.

Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan seorang wanita ini mengenai sikap suaminya yang mula berubah selepas mendirikan rumah tangga.

"Saya baru kahwin 10 bulan, pregnant lapan bulan. Tapi saya dah macam penat dan kuat melawan husband sebab dia buat saya selalu naik darah.

"Sudahlah susah nak jalan, perut berat, alahan non-stop, apabila saya minta tolong, husband selalu buat-buat pekak.

"Apabila saya cakap nak sesuatu dia selalu buat tak faham. Dulu masa bercinta elok je normal," luahnya.

suami 1

Seorang suami sewajarnya meringankan beban isteri dengan membantu melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan

Apa yang membuatkan hatinya bertambah sakit, wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu berkata, suaminya juga membiarkan dia menguruskan kucing peliharaan seorang diri.

Biarpun sedang sarat hamil, wanita tersebut berkata dia tidak sampai hati mengabaikan kucing-kucing berkenaan biarpun kesemuanya merupakan si bulus peliharaan suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dipukul, kaki dipijak! Suami berubah ganas selepas kantoi curang, senyap-senyap ‘check-in’ hotel dengan wanita lain

ARTIKEL BERKAITAN: Baru lembut hati rujuk dengan suami 3 kali kantoi curang, isteri nekad cerai sekali lagi... Terkejut tiba-tiba ada madu!

"Dia bela kucing lapan ekor. Tapi dia macam tak ada energy nak bersihkan dan jaga kucing dia. Saya selalu tawakal bersihkan, mop, sapu, vakum bilik kucing.

"Ada seekor bedridden, hari-hari dah jadi tugas saya kena forcefeed dia. Saya penat tapi tak sampai hati nak neglect those babies.

"Semalam kucing bedridden tu gigit jari saya, now bengkak. Tolong tanyakan, apa nak buat dengan suami pura-pura kurang pendengaran ni," luahnya lagi dalam satu coretan yang dikongsikan di laman X.

Pregnant mom mana boleh handle najis kucing atau kena cakar. Bahaya untuk baby dalam perut.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati terhadap nasib wanita berkenaan malah mereka meluahkan rasa geram dengan suaminya yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

Malah mereka menyarankan supaya wanita berkenaan lebih memikirkan kesihatan diri sendiri memandangkan sedang menunggu masa untuk bersalin.

komen suami

Warga maya meluahkan simpati terhadap nasib wanita berkenaan.

"Kesiannya anon. Pregnant mom mana boleh handle najis kucing atau kena cakar. Bahaya untuk baby dalam perut.

"Balik rumah parents sendiri. Pergi klinik untuk jari bengkak tu. Jangan main-main dengan kuman daripada kucing.

"Kalau tak kerja, pergilah balik kampung. Kalau kerja, minggu 36 (kandungan) last kerja lepas tu pergi balik beranak dekat kampung. Apa entah tak sedar diri laki macam ni," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain