suria

Suami baru naik gaji tapi utamakan ibu! Isteri cemburu, rasa pengorbanan tak dihargai... Dedah mak mentua masih kerja, gaji 10K

Kebanyakan anak lelaki mahu berbakti kepada ibu dan bapanya apabila dewasa. -Gambar hiasan

SETIAP anak pasti ingin membahagiakan ibu dan bapanya.

Begitulah yang hasrat lelaki ini selepas berjaya mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lebih besar.

Bagaimanapun niatnya itu tidak mendapat keizinan isteri yang telah menanggung kebanyakan keperluan rumah semasa mereka berdepan kekangan kewangan sebelum ini.

Suami isteri perlu saling bertoleransi. -Gambar hiasan

Suami isteri perlu saling bertoleransi. -Gambar hiasan

Meluahkan situasi yang dialami, isteri kepada lelaki tersebut berkata, suaminya berjaya mendapatkan pekerjaan yang lebih baik berbanding sebelumnya serta ditawarkan pendapatan yang lebih besar.

"Baru-baru ini suami nak tukar kerja, gaji jauh lebih besar. Aku okay je sokong dia, tapi satu benda yang mengguris hati adalah dia cakap kalau dapat gaji besar ni boleh tolong mak dia," luah wanita itu.

Menurut wanita ini, dia percaya tindakan suaminya itu disebabkan ibu mentua sering merungut tentang masalah kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami angkat kaki lepas hidup senang, tinggal isteri besarkan 3 anak sendirian... Ibu tunggal syukur bisnes nasi lemak terus bertahan

ARTIKEL BERKAITAN: Penat-penat berniaga di pasar, suami ‘catu’ untung bagi mak di kampung... Isteri hanya dapat RM100 sebulan - “Serius saya tak reda!”

Menyingkap segala yang berlaku, ujarnya, kesulitan yang dialami ibu mentuanya berpunca daripada sikap adik-beradik iparnya yang terpalit dengan hutang.

Malah disebabkan itu, gaji ibu mentua yang berjumlah RM10,000 tidak mencukupi untuk perbelanjaan setiap bulan.

"Mak mentua aku masih muda dan bekerja, gaji dia hampir RM10,000. Anak-anak lain semua dah besar.

"Tapi pendapatan dia banyak terbazir sebab bantu anak-anak yang lain... yang terpalit hutang. Gaji suami aku kecil, tak sampai RM2,500 pun.

Tolong jangan terlalu mudahkan sampai lelaki tu tak rasa susah. Dia rasa awak okay... apa pun cakap je kalau awak tengah susah.

WARGA MAYA

"Mentua aku sering mengharapkan bantuan daripada suami aku sedangkan keperluan kami, aku yang banyak bantu. Duit nafkah pun kadang-kadang tak dapat," luahnya sayu.

Memahami situasi yang dialami ibu mentuanya, ujar wanita ini, dia tidak menghalang suami membantu meringankan beban keluarga.

Namun pada masa sama, dia berharap agar suaminya menyedari pengorbanan yang dilakukan kerana dia tidak pernah merungut perihal kewangan mahupun kesukaran yang dialami.

Warga maya tampil memberikan cadangan bagi membantunya keluar dari masalah yang dialami.

Warga maya tampil memberikan cadangan bagi membantunya keluar dari masalah yang dialami.

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap wanita ini dan tampil memberikan beberapa cadangan bagi membantu dirinya mengatasi masalah yang dialami.

"Tolong jangan terlalu mudahkan sampai lelaki tu tak rasa susah. Dia rasa awak okay... apa pun cakap je kalau awak tengah susah.

"Ingatkan balik susunan nafkah pada suami awak tu. Kadang-kadang lelaki nak berbakti dengan mak dia sampai lupakan isteri.

"Kalau macam ni, awak kena rajin meminta terutama benda yang dia wajib bayar. Jangan pakai duit sendiri dulu... cuba tengok macam mana dia selesaikan apa yang tak cukup dalam rumah tangga dulu.

"Seiring dengan kenaikan gaji dia, lepaskan satu-satu bil untuk dia selesaikan. Transfer sikit-sikit sampai awak tak perlu sumbang apa-apa," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain