suria

Kecaman dan fitnah buat Iqram Dinzly benci hidup sebagai selebriti, bawa diri ke Singapura berniaga sambal

Iqram benci hidup dalam dunia selebriti.

SUDAH penat berdepan kecaman dan fitnah di media sosial membuatkan pelakon Iqram Dinzly membawa diri ke Singapura bagi mencari rezeki.

Kata Iqram atau Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, walaupun rindu dengan dunia lakonan, tetapi dia sudah bosan hidup sebagai seorang selebriti.

"Kebanyakan masa saya dihentam dan difitnah di media sosial, setiap kali buat live ada sahaja komen negatif, tak larat nak layan dah.

size NP 1 - 2024-05-01T194559.078

Iqram bawa diri ke Singapura selepas penat dikecam di Malaysia.

"Tapi bila ke Singapura, ada rezeki saya di sana, jadi saya lihat rezeki itu luas. Saya dah bosan hidup sebagai selebriti.

"Tipulah tidak rindu dunia lakonan cuma rasa terasinf sebab lama memencilkan diri," katanya kepada mStar.

Iqram berkongsi perkara itu ketika ditemui sewaktu program Celebrate Earth Day With Hariz Hamdan di UM Arena, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya mengenai fitnah paling terkesan dalam hidup, Iqram menjawab tuduhan dia merupakan anak derhaka meninggalkan parut sukar untuk dilupakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk bisnes sambal, Iqram teruja mula hidup baharu tahun depan... Kekalkan nama IQ Dinzly

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi pentas bersama ilmuan agama terkenal, Iqram Dinzly anggap diri belum layak - “Yang pergi bukan saya tapi Prinx Chiqy Dinzly”

Malah, itu merupakan salah satu faktor dia benci untuk kembali ke dunia glamor.

"Fitnah tentang saya jadi anak derhaka paling terkesan, makan diri sebab nak kembali jadi diri sendiri susah.

"Rasa benci dengan kehidupan sebagai selebriti sebab sewaktu di puncak semua masih ada, tapi bila berada di bawah semua hilang.

"Tak berdendam tapi cukuplah sebab saya hilang jati diri," jelasnya.

size NP 1 - 2024-05-01T194615.915

Iqram pilih untuk fokus berniaga daripada kembali berlakon.

Sementara itu, Iqram memberitahu fokusnya kini terarah kepada perniagaan sambalnya di Singapura.

Bahkan selepas setahun menjual produk tersebut, dia mahu mencuba nasib berniaga di TikTok seperti usahawan lain.

"Saya sekarang banyak fokus pada bisnes sambal saya sendiri, nak kembangkan perniagaan di Singapura.

"Baru setahun meniaga di sana, selepas ini saya akan cuba meniaga di TikTok.

"Mengapa Singapura? Sebab di Malaysia saya dikecam dan difitnah jadi saya bawalah diri," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain