suria

Kawan baik tiba-tiba ‘moody’, mula jauhkan diri... Jangan buruk sangka dulu, mungkin berlaku 6 perkara ini

Jangan cepat buruk sangka sekiranya rakan menjauhi anda secara tiba-tiba. -Gambar hiasan

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba rakan sendiri semakin menjauhkan diri daripada anda.

Malah, cubaan untuk mengajaknya menyertai aktiviti bersama ditolak secara mentah-mentah tanpa memberikan sebarang alasan.

Sekiranya berdepan situasi ini, sudah pasti membuatkan anda terasa hati dengan beranggapan bahawa:

1. Mereka sombong.

2. Mereka pentingkan diri sendiri.

3. Mereka sukakan perhatian.

4. Mereka pemalas.

5. Mereka tidak mahu berkawan.

6. Mereka cuba berdrama.

Ada sebab tertentu kenapa rakan anda memilih untuk menyendiri. -Gambar hiasan

Namun, jangan terburu-buru untuk membuat andaian atau bersangka buruk terhadap mereka.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), rakan anda berkemungkinan sedang mengalami fasa yang begitu sukar dalam kehidupan mereka.

Terdapat enam kebarangkalian yang mungkin sebenarnya terjadi kepada mereka yang sedang menjauhkan diri daripada anda:

1. Mereka sedang hadapi kesukaran dalam kehidupan.

2. Mereka sedang alami trauma mengejutkan.

3. Mereka penat untuk menunjukkan mereka 'okey'.

4. Mereka terlalu sibuk dengan tugasan harian.

5. Mereka sedang hadapi masalah kewangan.

6. Mereka alami kerosakan perhubungan.

Oleh itu, disarankan supaya anda memberikan mereka sedikit masa dan jangan membuat sebarang keputusan terburu-buru atau tanggapan buruk terhadap rakan sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain