suria

Netizen korek video lama, sedutan live Janna Nick usik Ruhainies penyondol kembali tular… “Tiada niat nak sindir”

Janna sekadar bergurau dengan Ruhainies.

GARA-GARA kontroversi Ruhainies, tak fasal-fasal video lama Janna Nick mengusik pelakon itu kembali tular di media sosial.

Tampil menjelaskan mengenai rakaman video tersebut, Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, berkata ia hanyalah gurauan semasa dia mengacarakan program Famili Duo 3 yang bersiaran secara langsung tahun lalu.

“Video itu video lama, tiada niat untuk menyindir atau nak tumpahkan ‘tea’, tidak!

janna 4

Janna enggan jadikan ujian orang sebagai bahan jenaka.

"Sebenarnya video tu hanyalah gurauan ikut isu-isu semasa pada ketika itu," katanya kepada mStar.

Janna berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Raikan Raya bersama Warner yang berlangsung di ibu kota pada petang Selasa.

Menurut Janna, tiada sebab untuknya menyindir Ruhainies kerana hubungan mereka sudah pun pulih ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah cuba pelbagai cara, Janna Nick sampai tertekan belum mengandung

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi khalwat pengajaran buat Ruhainies, diam sebab tak mahu bergaduh

“Saya dengan Ruhainies pada ketika itu sudah berdamai, tiada pergaduhan dan sebagainya, jadi kenapa saya nak menyindir perkara-perkara yang tidak baik. Sebenarnya hanyalah gurauan semasa itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Janna berkata dia tidak pernah menjadikan ujian seseorang sebagai bahan jenaka untuk menghiburkan orang ramai.

Sebaliknya, dia juga bersimpati dengan nasib mereka yang terlibat dalam isu yang sedang hangat diperkatakan.

“Mungkin benda tu terkena pula kan dengan situasi sekarang, jadi orang keluarkan balik.

553 (24)

Kisah Ruhainies, Bella Astillah, Aliff Aziz dan Sarah Yasmine hangat diperkatakan.

“Jangan palitkan saya dengan isu-isu ini sebab saya turut simpati dengan semua pihak, saya anggap ini ujian untuk mereka dan ujian orang ini kita tak nak jadikan bahan jenaka sebab kita takut ujian tu berbaik kepada kita,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di sosial media video lama Janna mengusik Ruhainies sebagai penyondol selepas isu curang bersama Aliff Aziz menjadi bualan hangat.

Ketika itu, Janna mengusik Ruhainies yang datang ke program realiti berkenaan selaku duta kepada penaja rancangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain