suria

Melayang RM400 ganti gearbox rosak! Suri rumah kongsi tip jaga mesin basuh, jangan lebih muatan dalam satu cucian

Mesin basuh perlu dijaga dengan baik supaya boleh digunakan dalam tempoh yang lama. -Gambar hiasan

SEPERTI yang kita sedia maklum, terdapat dua jenis mesin basuh iaitu front loader (muatan depan) dan top loader (muatan atas).

Walaupun kedua-dua mesin basuh mempunyai fungsi sama iaitu mencuci pakaian, terdapat perbezaan penting yang perlu dipertimbangkan.

Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang wanita berkongsi pengalamannya membaiki mesin basuh jenis top loader yang rosak.

Menurut Erni Fadzila Saharudin, mesin basuh miliknya mula mengeluarkan bunyi bising seolah-olah nak pecah.

Namun setelah dirujuk kepada mekanik didapati bunyi bising itu bukanlah daripada belting (gelung getah) longgar tetapi gearbox (kotak gear) yang sudah rosak.

Selepas selesai digantikan, Erni membayar sejumlah RM400 kepada mekanik yang datang ke rumahnya membaiki mesin basuh tersebut.

22147338 (1)

Jumlah pakaian yang ingin dicuci mestilah bersesuaian dengan saiz mesin basuh.

Dalam hantaran sama, wanita ini turut berkongsi tip bagaimana untuk menjaga mesin basuh bagi mengelakkan masalah itu terjadi.

1. Jangan masukkan pakaian sehingga overload (terlebih beban) yang boleh menyebabkan shaft pada kotak gear patah.

2. Jangan masukkan sabun pencuci dan pelembut kain yang terlalu banyak. Ini kerana sisa-sisa dan lebihan pelembut kain boleh menyebabkan bahagian drum mesin basuh kotor.

3. Produk pencuci mesin basuh digunakan hanya sia-sia kerana tidak dapat mencuci bahagian dalam alat pencuci.

4. Keluarkan duit syiling, pin tudung dan bendasing dari poket pakaian bagi mengelakkan daripada saluran air keluar tersumbat.

5. Pastikan saluran hos mengalirkan air dengan laju. Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada mesin rosak apabila air tidak keluar sepenuhnya ketika menggunakan mod spin.

Dalam pada itu, Erni dalam perkongsiannya turut mengingatkan orang ramai supaya membasuh bahagian filter (penapis) dan ruang pengisian sabun sebagai langkah-langkah menjaga mesin basuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain