suria

Permaisuri Agong melawat keluarga mangsa nahas helikopter, kurnia sumbangan peribadi buat balu

Seri Paduka Baginda berkenan berangkat melawat Siti Aisyah Mohd Roslan bersama anak-anak.

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris di Taman Senawang Perdana, Negeri Sembilan pada Ahad.

Allahyarham Mohammad Amirulfaris merupakan salah seorang daripada 10 individu yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak pada Selasa.

438241432_1001836677967620_2565274838544642246_n

Paduka Baginda turut mengurniakan sumbangan peribadi kepada Siti Aisyah.

Menerusi perkongsian di Facebook, Seri Paduka Baginda bertemu balu Allahyarham, Siti Aisyah Mohd Roslan bersama dua anak lelaki berumur tujuh dan dua tahun.

Seri Paduka Baginda meluangkan masa bertanyakan khabar balu, kedua ibu bapa dan dua adik arwah sebelum mengurniakan sumbangan peribadi kepada Siti Aisyah.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak, suami iringi pengebumian Noor Rahiza... Jenazah disemadi dekat pusara ibu

Lawatan itu turut disertai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Untuk rekod, jenazah Allahyarham Mohammad Amirulfaris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang pada Khamis.

Dalam insiden jam 9.32 pagi pada hari Selasa dua helikopter iaitu Pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan Pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas selepas bergesel di udara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain