MASAKAN yang enak tidak semestinya menggunakan bahan yang pelbagai, sebaliknya cukup dengan bahan asas yang ringkas. Penyediaan sup misalnya akan lebih asli rasanya tanpa terlalu banyak bahan tambahan. Sup Tulang Ringkas Bahan 1 kg tulang/daging 5 ulas bawang merah - dikisar 3 ulas bawang putih - dikisar 2 inci halia - dikisar 1 bunjut sup sedikit minyak untuk menumis Air secukupnya. Kiub pati daging Lada hitam Garam Bahan hiasan: Daun sup,daun bawang,bawang goreng Caranya: Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan minyak,tumis bahan2 tumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan daging dan tulang dan biarkan sebati. Seterusnya masukkan air dan biarkan empuk. Selepas daging lembut, masukkan bunjut, garam, perasa dan lada hitam. Sup tulang siap untuk dihidangkan dan dihias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.