Langkah ini juga membolehkan penduduk bandar menikmati keenakan pelbagai jenis ikan air tawar. Jika tidak mahu digoreng atau digulai lemak, apa kata dikukus pula.
Ikan Talapia Kukus Halia
Bahan:
1 ekor ikan talapia
100 gram halia - dihiris panjang
50 gram lobak merah - dihiris panjang
10 gm bawang merah
5 gm bawang putih
1 sudu besar tepung serbaguna
1 biji limau nipis
Cara:
Ikan dibersihkan dan tepung serbaguna dilumur pada ikan. Masukkan ikan dalam periuk kukus dan taburkan halia, lobak merah , bawang dan perahah limau nipis atas ikan. Kukus selama 20 minit dan sedia untuk dihidangkan.