Ia enak dimakan bersama kelapa parut muda yang ditabur diatasnya.
Bahan A:
2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur ( bancuh dan tapis)
Sedikit kelapa muda diparut - digaul dengan sedikit garam
Bahan B:
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
4 cawan air
Cara-cara:
Bancuh tepung dengan air kapur. Tuang air gula yg telah suam kedlm tepung. Kacau rata.
Didihkan air dalam kukusan. Panaskan acuan lompang ke dalam kukusan.
Bila air dah mendidih. Tuang adunan tepung ke dalam acuan lompang yang telah dipanaskan tadi.
Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.