KUALA LUMPUR: Penglibatan dan sumbangan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam sukan hoki tempatan dan antarabangsa sudah sebati dengan perkembangan sukan ini di mana jua dan sewajarnya baginda digelar 'Bapa Hoki Malaysia'.Sejak 36 tahun yang lepas, baginda tanpa jemu membangunkan arena hoki negara sehinggalah pasukan hoki kebangsaan mampu berdiri sama tinggi dengan pasukan-pasukan ternama dunia.Hoki ialah cinta pertama baginda meskipun baginda aktif dalam pelbagai sukan di usia mudanya, menurut cerita beberapa ahli sukan yang ditemui.Setiausaha Agung Persekutuan Hoki Asia (AHF) AHF Tan Sri P. Alagendra yang mengenali baginda menerusi hoki sejak zaman persekolahan lagi berkata Sultan Azlan Shah digelar Bapa Hoki Malaysia kerana dedikasi baginda dalam sukan itu. Penglibatan awalPenglibatan baginda sejak zaman persekolahan membawa kepada baginda terpilih mewakili pasukan hoki Perak yang merupakan antara pasukan terbaik ketika itu.Alagendra berkata semasa Sultan Azlan Shah menjadi Majistret Kelas Pertama di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, boleh dikatakan hampir setiap hari selepas waktu kerja baginda akan berjalan kaki ke Kelab Diraja Selangor untuk menyaksikan pasukan Selangor berlatih."Pada ketika itu saya bermain untuk Selangor dan beberapa teman kami mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan baginda dan menjemput baginda menjadi Naib Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).Biarpun baginda mengambil sedikit masa untuk memikirkan tawaran itu, akhirnya baginda bersetuju dan baginda dilantik menjadi Naib Presiden MHF pada 1973," katanya kepada Bernama di sini.Sultan Azlan Shah akan menyambut Jubli Perak pemerintahan baginda pada 3 Feb ini.Pasukan negara mula dikenaliAlagendra berkata Malaysia buat pertama kalinya menganjurkan Piala Dunia pada 1975 di Kuala Lumpur malahan pasukan negara ketika itu berjaya menduduki tempat keempat dan bermula daripada pencapaian itulah pasukan hoki Malaysia dikenali seluruh dunia. Pada 1980, baginda dilantik menjadi Timbalan Presiden PHM dan lima tahun kemudian Sultan Azlan Shah dilantik sebagai Presiden PHM dengan Alagendra sebagai timbalannya.Alagendra berkata baginda menerajui PHM sehingga 2005 dan selepas itu baginda dilantik sebagai Penasihat Kehormat PHM.Beliau berkata pada tahun 2000, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia di Stadium Hoki Bukit Jalil dan pasukan negara ketika itu menduduki tempat keenam."Buat pertama kalinya negaranegara yang menyertai kejohanan itu memberi pujian tertinggi kepada negara penganjur. Di bawah tunjuk ajar baginda juga Malaysia mencatat sejarah apabila mendapat keuntungan RM1.8 juta."Semua pasukan yang hadir memuji Malaysia dan PHM juga mendapat keuntungan menerusi syiling peringatan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia serta setem kenangkenangan," katanya.Piala Sultan Azlan Shah bagai mini OlimpikBeliau berkata semasa Sultan Azlan Shah memimpin PHM, baginda mengilhamkan satu pertandingan bertaraf antarabangsa dianjurkan oleh Malaysia bagi memberi peluang kepada pemain negara untuk beraksi bersama pasukan handalan lain."Berikutan itu maka lahirlah Piala Sultan Azlan Shah pada 1992 di mana lapan pasukan terhandal dunia yang terdiri daripada empat pasukan Asia termasuk Malaysia beraksi di negara ini untuk membuktikan kehebatan masing-masing," katanya.Katanya Piala Sultan Azlan Shah bagaikan mini Olimpik kerana mengumpulkan pasukan terhebat dan turut diiktiraf oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).Penganjuran pertandingan ini penting kepada pembangunan sukan hoki negara kerana ia memberikan pendedahan kepada pemain tempatan menguji kehandalan mereka dalam kalangan pasukan hebat dunia.Alagendra berkata Piala Sultan Azlan Shah juga mempunyai keistimewaan tersendiri apabila menjadi satusatunya kejohanan hoki bertaraf antarabangsa yang menggunakan nama individu sebagai nama pertandingan.Kebajikan pemain sentiasa dijagaKatanya sumbangan terbesar baginda dalam arena hoki negara ialah apabila menubuhkan Yayasan Hoki Malaysia pada 1992 yang menumpukan kepada tiga objektif utama iaitu pemberian biasiswa bagi pemain untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, faedah persaraan serta bagi kebajikan pemain apabila berlaku kematian atau kemalangan."Pada masa itu, baginda mahukan kebajikan pemain terjamin supaya pemain yang pernah berkhidmat untuk negara tidak menjadi beban kepada masyarakat selepas tidak lagi aktif dalam sukan itu."Tidak ada persatuan sukan lain di negara ini yang mempunyai yayasan seperti ini dalam membantu atlet masing-masing dan yayasan ini adalah buah fikiran baginda dan sumbangan baginda dalam membantu para pemain," katanya.Alagendra berkata pemain yang menamatkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi ternyata mempunyai pemikiran yang lebih tajam apabila bermain di padang."Kita tidak mahu pemain yang hanya bermain mengikut arahan jurulatih tetapi kita mahukan pemain yang boleh berfikir sendiri dan ternyata pemain yang mendapat pendidikan lebih tinggi lebih menyerlah," katanya.Menerusi yayasan itu, Alagendra berkata dua pemain negara telah memperoleh ijazah dalam bidang perubatan, tiga pemain meneruskan pengajian sehingga menjadi jurutera profesional, seorang pemain mendapat ijazah perakaunan profesional manakala 23 pemain lagi memperoleh ijazah dalam kursus sains sukan.Terajui AHF selama 45 tahunAlagendra berkata pada 1960, Sultan Azlan Shah dilantik Naib Presiden AHF dan empat tahun kemudian baginda dilantik sebagai Presiden AHF dengan baginda kekal di jawatan itu sehingga hari ini.Alagendra berkata sejak baginda menerajui AHF selama 45 tahun ini, pelbagai pencapaian demi memartabatkan sukan hoki di rantau ini dicatatkan."Baginda dihormati sebagai pemimpin hoki di setiap pelusuk dunia atas sumbangan dan jasanya tanpa henti selama ini kerana cinta baginda terhadap sukan ini," katanya.Yang terbaru baginda memperkenan supaya Akademi Hoki Asia ditubuhkan dan perkara itu diputuskan semasa Mesyuarat Majlis AHF yang diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Dis lepas."Akademi Hoki ini penting bagi meningkatkan lagi mutu bukan sahaja dalam kalangan pemain tetapi juga para pegawai termasuk pengadil," katanya. Sultan Azlan juga pernah dilantik menjadi Naib Presiden FIH selama dua penggal bermula 1992.Pemain anggap kawan dan ayahandaAlagendra berkata para pemain menganggap baginda sebagai seorang rakan dan ayahanda yang sangat memahami."Para pemain tidak segan untuk terus menghadap baginda apabila menghadapi masalah. Baginda pula sudi mendengar permasalahan para pemain ini."Satu sahaja yang baginda mahukan daripada para pemain, iaitu pemain tidak boleh bermain lebih kurang saja tetapi kalau nak main, mestilah bermatimatian. Kejayaan itulah yang akan membuatkan baginda bangga dan kekuatan itulah yang akan memberi baginda semangat untuk berusaha lebih gigih," katanya.Bekas pemain hoki kebangsaan, Minarwan Nawawi berkata Sultan Azlan Shah selalu turun padang menyelesaikan sendiri masalah yang timbul dalam sukan hoki."Dari tahun 1997 hingga 2000 timbul isu berkaitan jurulatih dan pemain yang tidak berpuas hati dengan gaji dan ganjaran. Pada masa itu Tuanku memanggil semua pihak berbincang dan atas kebijaksanaan tuanku, semua pihak gembira dengan keputusan yang dicapai," katanya.Beliau berkata Sultan Azlan Shah adalah seorang yang mudah untuk diajak berbincang dan seorang pemimpin yang bersemangat serta banyak mempunyai idea dalam meningkatkan mutu sukan hoki di negara ini."Tuanku adalah ikon kepada hoki Malaysia kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengangkat martabat hoki di negara ini," katanya.Personaliti yang disenangi semuaSetiausaha Kehormat PHM Hashim Mohamed Yusoff berkata Sultan Azlan Shah mempunyai personaliti yang tegas, cekap dan serius."Seingat saya baginda banyak membantu orang di bawah dalam semua hal dan membantu menyelesaikan masalah. Baginda boleh dianggap sebagai legenda hoki negara kerana memberi banyak sumbangan dalam memajukan sukan hoki di dalam dan di luar negara," katanya.Katanya baginda rapat dengan para pemain hoki dan sehingga kini masih mengadakan jamuan untuk berjumpa sendiri dengan para pemain.BERNAMA