suria

Khairy ikrar galas ‘amanah berat’ dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia

Khairy dilantik sebagai Menteri Kesihatan dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto: Bernama

DILANTIK untuk mengepalai Kementerian Kesihatan, Khairy Jamaluddin berikrar akan memikul 'tanggungjawab berat' yang diamanahkan kepadanya.

Menerusi satu ciapan, Khairy turut berjanji untuk menggalas amanah tersebut dengan penuh dedikasi.

Ahli Parlimen Rembau tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas jawatan Menteri Kesihatan dalam barisan Kabinet yang baru.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri umum senarai Kabinet baharu, tiada TPM... KJ dilantik Menteri Kesihatan

"Terima kasih kepada YAB PM @IsmailSabri60 atas kepercayaan yang diberi. Insya'Allah amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia," demikian ciapan Khairy pada Jumaat.

Ciapan tersebut sehingga kini meraih 5,500 retweet selain dibanjiri dengan komen netizen yang mengucapkan tahniah kepada Khairy di atas pelantikan tersebut.

Terdahulu Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinet baharu, dengan menyaksikan pertukaran portfolio antara Khairy dengan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dalam Kabinet sebelumnya di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khairy merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Adham pula Menteri Kesihatan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain