suria

Sayu! Warga emas maut dihempap pokok tumbang berhampiran rumah

Keadaan pokok tumbang yang menimpa mangsa terbabit

TRAGIS.

Seorang wanita warga emas maut akibat dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat dan angin kencang melanda Pulai di Baling, Kedah, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mangsa dikenali sebagai Rafiah Zakaria, 86, dari kawasan perumahan hadapan Sekolah Kebangsaan Pulai, Kupang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kejadian berlaku di kawasan berhampiran rumah mangsa.

Ujar beliau, usaha mengeluarkan mangsa telah dibuat dengan kerja-kerja pemotongan pokok dan pemeriksaan kakitangan Kementerian Kesihatan ke atasnya mendapati warga emas tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambah beliau, mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain