suria

Gerak gerak gerak khas... Tiga sekawan ‘masuk air’ rupa-rupanya ada bakat terpendam lain! - “Ramai cakap kelakar, saya rasa biasa je”

Lakonan semula adegan Gerak Khas oleh Hafiy, Aiman dan Najmi berjaya mencuri tumpuan netizen.

SEBUT sahaja tentang siri TV bertemakan polis, pastinya drama Gerak Khas yang pertama akan terlintas di fikiran.

Mendengar lagu temanya pada masa kini, secara tidak langsung dapat mengimbau kembali kenangan ketika menonton siri popular itu.

Malah, sehingga kini lagu tersebut menjadi siulan ramai, termasuklah tiga anak muda yang sanggup melakonkan semula aksi-aksi anggota polis ketika membanteras kegiatan jenayah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti sekolah beberapa bulan sebelum SPM, remaja ada ‘kes’ dengan cikgu bikin kejutan... terima kasih ‘gadis Biologi’!

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza dapat SPM 8A tapi dicap biadab... Yang ramai tak tahu dia tinggal di tengah pulau!

Bercerita kepada mStar, Ahmad Hasif Mhd Shukeri, 20, memberitahu rakan-rakannya itu melakonkan semula 'lagak' tersebut seperti menendang pintu, mengacukan pistol, menangkap penjenayah dan adegan tembak-menembak pada Ahad lalu.

"Kami baru selesai makan malam masa tu, kawan saya yang seorang ni tak henti-henti nyanyi lagu Gerak Khas.

"Tak lama tu terus mereka rancang nak rakam satu video ala-ala Gerak Khas.

"Dah rancang nak buat aksi apa, mereka rakam semua tu dalam one shot sahaja," ujar Hasif yang tidak terlibat dalam video tersebut kerana menghuni di bilik lain, namun mengenali mereka sebagai rakan sekuliah.

Hasif memberitahu idea untuk merakam video Gerak Khas muncul selepas rakannya tidak berhenti menyanyikan lagu tersebut.

Berkenaan prop yang digunakan untuk kelihatan seperti anggota polis, Hasif memberitahu mereka hanya menggunakan apa yang ada di asrama.

"Mereka menggunakan jaket fakulti, seluar sukan, topi, lanyard  berwarna hitam dan telefon bimbit pula dijadikan sebagai pistol mainan," ujarnya.

Ditanya lebih lanjut mengenai peribadi rakan-rakannya itu, Hasif yang sedang melanjutkan pengajian di Bertam, Pulau Pinang menyifatkan mereka sebagai geng 'masuk air'.

"Mereka selalu post video main-main di Instagram Story, memang ramai akan view dan cakap mereka ni kelakar.

Mereka selalu post video main-main di Instagram Story, memang ramai akan view dan cakap Hafiy, Aiman dan Najmi ni kelakar. Saya rasa biasa je.

HASIF

"Bagi saya, bila saya tengok semula video tu tak kelakar pun, tak sangka pula tweet tu boleh viral," ujarnya yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan farmasi.

Sehingga kini, posting tersebut telah mendapat sebanyak 117,300 tontonan dan hampir 7,000 retweet (ulang kicau).

Rata-rata netizen terhibur dengan lakonan semula mereka yang seakan-akan anggota polis.

"Tak tahu kenapa, tapi dapat rasa vibe RTM ada dalam video ni," tulis seorang netizen.

"Patut la tak balas mesej girlfriend, Ni kerja dalam diam rupanya," tambah pengguna lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Gerak Khas, UiTM, Farmasi, lagu

Artikel Lain