suria

Instafamous minta maaf selepas bikin kecoh pakai gelang pink di restoran - “Hanya syok-syok sahaja”

Video Chazynash memakai gelang merah jambu di sebuah restoran mencetuskan kontroversi.

MALAYSIA sebelum ini kecoh dengan tindakan seorang makcik dan beberapa individu lain yang selamba keluar makan di tempat awam, sambil memakai gelang merah jambu, yang menunjukkan masih dalam tempoh kuarantin wajib di rumah ketika itu.

Malahan, sikap tidak bertanggungjawab seorang individu lain menyebabkan kemunculan kluster baharu sehingga mencetuskan beberapa generasi jangkitan.

Terbaharu, seorang personaliti media sosial mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video menunjukkan dia memakai 'gelang pink' semasa makan di sebuah restoran.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Makcik pakai tudung, wristband pink... tunggu denda dan tindakan selanjutnya

ARTIKEL BERKAITAN: Posting dianggap lawak hambar... Instafamous mohon maaf selepas 'emosi' balas komen kecaman

Walaupun gelang pink yang dipakainya palsu, tindakannya itu dikritik netizen kerana tidak sensitif dengan situasi semasa ekoran pandemik Covid-19.



Gelang merah jambu yang dipakai Chazynash sekadar gurauan bagi menunjukkan arahan keluar rumah daripada isterinya.

Susulan video yang menjadi tular, Instafamous berkenaan, Chazynash tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah menjelaskan bahawa video yang dibuatnya itu sekadar gurauan semata-mata.

"Pertama sekali, saya nak cakap sorry. Saya tak boleh nak salah anda semua jika tidak sependapat seperti saya bahawa video itu sekadar lawak. Saya faham.

"Tapi saya lihat, ramai yang salah faham bahawa ingat video ni adalah prank (gurauan) di tempat awam. Untuk pengetahuan anda semua, itu bukan video prank di tempat awam," tulisnya menerusi posting di akaun Instagramnya, chazynash.



Chazynash dikecam netizen kerana tidak sensitif dengan situasi semasa pandemik Covid-19. Foto instagram chazynash

Dia turut menjelaskan bahawa semua aksi di dalam video hanyalah lakonan sepenuhnya, termasuk ‘para pelanggan di restoran tersebut’.

"100 peratus staged. Termasuk orang-orang di sekeliling, semua kawan dan buat di set lakonan.

"Saya buat video tu bukan nak memperlekehkan mana-mana pihak. Video itu hanya syok-syok sahaja sebab content (kandungan) saya kebanyakannya memang macam tu (pasal rumah tangga)," katanya.

Itu bukan video prank di tempat awam. Saya buat video tu bukan nak memperlekehkan mana-mana pihak

CHAZYNASH

Chazynash bagaimanapun akur sekiranya video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

"Apa-apapun, saya tetap nak minta maaf kepada anda semua sebab buat ramai orang duduk tak senang," katanya.



Permohonan maaf oleh Chazynash.

Dalam video tersebut, pelanggan-pelanggan di sebuah restoran berasa tidak senang apabila menyedari Chazynash duduk seorang diri makan sambil memakai gelang merah jambu.

Namun, selepas diperiksa rupa-rupanya gelang tersebut bukanlah yang dikeluarkan kepada mereka yang pulang dari luar negara untuk menjalankan kuarantin, sebaliknya adalah gelang yang dipakaikan oleh isterinya untuk mengelakkan dia keluar rumah.

Video tersebut diakhiri dengan gelak tawa pelanggannya selepas mendedahkan cuba menyembunyikan gelang tersebut bagi mengelakkannya 'kantoi' takut dengan arahan isteri.

Berdasarkan semakan di akaun Instagram Chazynash, ruangan komen telah ditutup di kedua-dua posting permohonan maaf dan video kontroversi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain