suria

Nikahi ustazah tapi jadi lelaki ‘tersakiti’… Pandai masak, mengaji namun gagal layan batin suami

Lelaki itu meluahkan kekesalan tentang layanan yang diberikan oleh isterinya. -Gambar hiasan

MENIKAHI seorang wanita solehah yang mempunyai keluarga dengan latar belakang yang disegani tentunya menjadi idaman kebanyakan lelaki yang masih tercari-cari jodoh.

Seorang lelaki yang bekerja dengan sebuah badan beruniform bersyukur bertemu jodoh dengan wanita bergelar ustazah dan kini sudah tiga tahun melayari kehidupan berrumah tangga.

Dijodohkan oleh keluarga dalam perkenalan singkat sebelum berkahwin, dia mengakui isterinya seorang wanita yang baik dengan keturunannya juga baik-baik.

Dia juga bersyukur kerana isterinya yang mengajar mengaji di rumah pandai menambat hatinya menerusi masakan.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Namun jauh di sudut hati, ada sesuatu mengenai isterinya yang membuatkannya dia berkecil hati.

“Isteri baik, pandai masak, rajin cuma saya selalu kecil hati sebab dia tak ada usaha nak jaga hak keperluan batin saya. Sejak sebelum ada anak lagi memang macam ni.

“Kami berdua sebaya belum masuk 30 tahun. Saya dengar orang kata umur macam ni bersama dua, tiga kali seminggu. Saya ni nak bersama isteri dua kali sebulan pun susah.

“Saya baca (luahan) isteri orang lain sampai ada yang stres tak dapat bersama suami. Pelik sungguh isteri saya ni,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri solehah, imej ala ustazah pun boleh berubah! Dah malas solat berjemaah, rupanya tengah angau dengan laki lain

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah asyik kena ‘ghosting’, belum layak bahagia... Rupanya ramai lelaki angkat kaki lepas tahu kerja guru Kafa

Dikurniakan seorang cahaya mata, lelaki berkenaan sering terfikir-fikir apakah punca kemahuannya tidak dipenuhi isteri.

“Nak kata penat, kerja saya jauh lagi penat. Saya ni kerja syif, sepatutnya ada common sense esok suami dah nak pergi kerja syif malam, pergi operasi dua-tiga hari.

“Sepatutnya faham-fahamlah mesti suami nak bersama. Kadang-kadang dari pagi kita dah bagi hint tapi selamba je malam dia masuk tidur awal,” ujarnya.

Pakar memasak merupakan antara ciri-ciri calon isteri pilihan. -Gambar hiasan

Cuba merajuk dengan harapan diri dipujuk isteri, namun ia tidak berlaku.

Hakikatnya, isterinya tidak mempunyai perasaan bersalah terhadap suami kerana mengabaikan tanggungjawab.

“Kita ni makan hati sampai pagi. Kita buat-buat tak tegur dia, esok paginya dia macam tak ada rasa bersalah pun. Siap dia pula tarik muka dengan kita,” katanya.

Saya ni ada iman lagi. Kalau jenis tak tahu dosa pahala mungkin dah terjebak cari perempuan kat luar.

SUAMI

Keadaan itu membuatkan terbit rasa kecewa dalam diri apatah lagi jika membandingkan dirinya dengan rakan-rakan lain yang jauh lebih bertuah mempunyai isteri yang mampu memenuhi kehendak batin suami.

“Kadang-kadang penyesalan juga cari isteri yang terlampau solehah ni. Tengok kawan lain, isteri jenis happy go lucky, pandai bergurau, pandai jaga badan.

“Sebab yang jenis pandai bergaya ni biasa dia tahu apa yang lelaki suka. Mungkin dosa dia bab seksi tu tapi pahala lebih bab pandai jaga keperluan suami kot, entahlah,” katanya.

Konflik rumah tangga membuatkan hubungan semakin renggang. -Gambar hiasan

Mengharapkan perkongsian kisah peribadinya dijadikan pengajaran, dia turut menitipkan pesanan kepada kaum isteri bagi membina rumah tangga yang bahagia.

“Korang masak sedap macam mana pun, rajin mengemas, tahajud setiap malam pun tapi suami kecil hati dengan korang, sia-sia ibadah tu.

“Saya ni sebab ada iman lagi. Kalau jenis tak tahu dosa pahala mungkin dah terjebak cari perempuan kat luar,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain