KUALA LUMPUR: Ikan cencaru bersaiz sederhana dijual serendah RM4 sekilogram di Pasar Besar Pasir Mas, Khamis. Di Bazar Mydin Putrajaya, harga sekilogram ikan cencaru bersaiz sederhana dijual pada harga RM5.99, Pasar Awam Simpang Renggam Johor (RM8.50) dan di Pasar Awam Kuala Pilah (RM12), menurut portal www.1pengguna.com. Sementara itu, harga ikan siakap saiz sederhana didapati murah di Giant Teluk Intan, Perak iaitu RM7.99 sekilogram berbanding RM9.90 di Tesco Lagenda Height Sungai Petani dan RM25 di Pasar Besar Keningau. Bawang putih (China) pula didapati murah di Econsave Taman Daiman, Johor iaitu RM1.98 sekilogram berbanding di The Store Sri Petaling, Kuala Lumpur (RM4.49) dan Pasaraya Econjaya Sdn Bhd Gua Musang (RM7.90). Buah betik biasa pula dijual dengan harga serendah RM1.28 sekilogram di Econsave Parit Buntar, Perak berbanding di Giant Senawang (RM2.79), Pasar Basah Kapit, Sarawak (RM3), Jusco Bandar Perda, Pulau Pinang (RM4.50). Portal www.1pengguna.com merupakan portal kepenggunaan interaktif dan berinformasi bertujuan memberi manfaat kepada pengguna dalam mendapatkan panduan kepenggunaan. Berdasarkan statistik yang dipaparkan dalam portal tersebut, sebanyak 29,308 pengguna melayari portal berkenaan minggu ini.