suria

Anggap hisap dadah perkara biasa, bekas kekasih Thariq Halilintar ditahan polis 

Chika ditahan polis selepas ujian air kencing mendapati dia positif dadah.

PERSONALITI media sosial popular Indonesia Chandrika Chika bersama lima rakannya ditahan pihak berkuasa ketika sedang berkumpul di sebuah bilik hotel di Setiabudi, Jakarta.

Chika, 21, yang juga bekas teman wanita Tariq Halilintar dilaporkan berada di bilik hotel berkenaan melakukan aktiviti tidak bermoral.

Ia susulan pihak berkuasa menemukan satu pod rokok elektronik yang didapati mengandungi cecair ganja atau THC dalam bilik berkenaan.

Chika ditahan polis selepas ujian air kencing mendapati dia positif dadah.

Chika ditahan bersama lima orang rakannya didapati positif dadah.

Chika juga disahkan positif ganja selepas Unit Narkotik Polis Jakarta Selatan membuat ujian air kencing terhadap dia dan rakan-rakan.

Timbalan Ketua penyelidikan Narkotik Polres Jakarta Selatan, Rezka Anugras berkata, hasil siasatan mendapati Chika dan rakan-rakannya sering menghabiskan masa bersama untuk menghisap dadah.

Rezka berkata, kesemua mereka memberitahu tidak mengetahui menghisap ganja adalah kesalahan kerana merasakan ia adalah perkara biasa.

"Enam suspek telah menjalani ujian air kencing, kesemuanya positif (dadah). Empat positif ganja, dua methamphetamine.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Youtuber Thariq Halilintar dan Fuji putus lagi, janji kekal bersahabat baik

ARTIKEL BERKAITAN: Attar Halilintar dan keluarga disaman kerana langgar hak cipta lagu 'Lagi Syantik'

"Mereka juga memberitahu sudah biasa ambil dadah dan menganggap ia perkara biasa," katanya dalam sebuah sidang media yang diadakan pada Selasa.

Chika dan lima lagi rakannya turut hadir pada sidang media itu namun hanya menundukkan kepala dan menutupi wajah dengan rambutnya.

Personaliti media sosial itu memberitahu dia mula mengenal dan mengambil dadah sejak setahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain