suria

Digelar pasangan pipit sama pipit, Fasha dan Aidil Aziz balas komen netizen - “Semoga datuk tak hadiahkan madu untuk datin!”

Fasha dipercayai kini sedang hamil.

PERKONGSIAN aktiviti pelakon Fasha Sandha bersama suami, Aidil Aziz dan anak-anak di Instagram sentiasa menjadi perhatian netizen.

Meskipun ramai netizen yang suka melihat kebahagian mereka namun ada juga individu yang meninggalkan komen negatif menyindir pasangan itu.

ARTIKEL  BERKAITAN: “Minta doakan yang baik-baik” - Teka-teka akhirnya terjawab, Fasha Sandha sah kini hamil

Individu yang menggunakan akaun bernama Datin Aliah Mohd Nor itu mengatakan pasangan itu secocok dan disamakan dengan pipit yang bermaksud orang yang tidak mempunyai pangkat atau darjat.

Fasha dan Aidil membalas komen individu tersebut.

Bagaimanapun Fasha, 36, membalas dengan cara baik dan meminta individu tersebut tidak membandingkan taraf seseorang itu.

"Tak perlu nak cakap pipit ke enggang ke datin. Kita manusia sama sahaja... sebab nanti datin masuk kubur pun tak bawa title datin tu.

"Hanya amalan datin saja yang datin bawa. Terima kasih atas komen yang bijak di pagi hari yang indah.

Alang-alang nak fake, letak sekali Hajah, Doktor, Datin Aliah.

AIDIL AZIZ

PELAKON

"Semoga datin sihat selalu dan dilindungiNya. Semoga datuk selalu sayangkan datin dan tak hadiahkan madu untuk datin," kata Fasha.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kurang senang dengan komen individu tersebut yang dianggap biadab.

Dalam pada itu, suami Fasha yang juga pelakon Aidil Aziz turut membalas komen dengan menyindir individu tersebut.

Keluarga bahagia Fasha dan Aidil.

"Alang-alang nak fake, letak sekali Hajah, Doktor, Datin Aliah," tulis Aidil.

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac tahun lalu dan aktres itu dipercayai kini sedang hamil anak pertama mereka.

Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Fasha Sandha, Aidil Aziz

Artikel Lain