suria

Bekas deejay radio Traxx FM, Gary Ashraf ditemui mati di kediamannya

Gary disahkan meninggal dunia pada pagi Sabtu di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan.

BEKAS penyampai radio Traxx FM, Gary Ashraf Ratnam Abdullah ditemui mati di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai satu kes kematian sebelum beberapa anggota dihantar ke lokasi tersebut.

Gary, 55, atau dikenali sebagai Scam Boy ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan sudah meninggal dunia.

"Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Setakat ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Allahyarham Gary dilaporkan memeluk Islam selepas berkahwin dengan pilihan hatinya.

Gary popular dengan panggilan 'Gary, the Scam Boy' bersama rakannya '1 Singh' menerusi program Morning Zoo yang diperkenalkan pada tahun 2011 di Traxx FM.

Traxx FM adalah radio berbahasa Inggeris terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Gary Ashraf, Scam Boy, Traxx FM

Artikel Lain