suria

Artis dan kru produksi boleh jalani ‘swab test’ Covid-19 secara percuma di bawah insentif Finas

Kru produksi dan barisan artis yang sedang jalani penggambaran perlu lakukan ujian saringan Covid-19. Foto hiasan.

BARISAN artis dan kru produksi yang menjalankan aktiviti penggambaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) digalakkan untuk melakukan ujian saringan Covid-19.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam satu kenyataan mengambil inisiatif untuk melaksanakan Insentif Saringan Prihatin kepada syarikat produksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti penggambaran dibenarkan di kawasan PKPB

“Tujuan utama inisiatif ini dilaksanakan adalah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kru-kru produksi dan barisan artis sentiasa terjamin di lokasi penggambaran dan dapat mengekang penularan wabak tersebut dari terus berleluasa, ” ujarnya.

Insentif ini tertakluk kepada perkara-perkara seperti berikut:-

1. Syarikat-syarikat produksi yang menjalankan aktiviti penggambaran dalam tempoh PKPB iaitu dari 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020 sahaja.

2. Kos saringan ‘swab test’ Covid-19 ke atas kru-kru produksi dan barisan artis hendaklah ditanggung terlebih dahulu oleh syarikat produksi dan perlu mengemukakan dokumen tuntutan kepada Finas.



Penggambaran dibenarkan dalam tempoh PKPB.

3. Tuntutan insentif hanya melalui syarikat produksi yang berdaftar di bawah FINAS sahaja.

4. Kadar maksimum bagi tuntutan insentif ini berjumlah RM5,000 bagi setiap syarikat produksi.

5. Saringan ‘swab test’ Covid-19 hanya boleh dilakukan melalui Pakej Khas Finas di klinik panel berdaftar iaitu Megaklinik Zahran, Bandar Baru Bangi sahaja. Pihak Megaklinik Zahran, Bandar Baru Bangi juga boleh menjalankan ujian saringan di lokasi penggambaran yang dipersetujui.

Perlaksanaan PKPB di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula pada Rabu sehingga 27 Oktober depan.

Dalam pada itu, Finas berharap dengan bantuan insentif yang disalurkan ini dapat meringankan beban terhadap syarikat produksi yang menjalankan aktiviti penggambaran dalam tempoh PKPB.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain