suria

Aina Abdul tewas Vokal Terbaik di tangan Ernie Zakri... Lagu ‘Gila’ julang trofi AJL35

Lagu Gila nyanyian Loca B, Noki dan Kaka diangkat sebagai juara AJL35.

LAGU Gila ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong memberi satu kejutan apabila merangkul gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Ahad.

Lagu bertuah nyanyian Noki, Loca B dan Kaka Azraff itu berjaya membawa mereka pulang dengan hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tepati ramalan Sumpah (Naim Daniel) juara AJL34

Naib juara AJL35 pula milik lagu Semalam ciptaan sepenuhnya dan dinyanyikan sendiri oleh penyanyi Aina Abdul sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.



Lagu Semalam nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Aina mendapat tempat kedua.

Sementara itu tempat ketiga milik lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Belenggu Rindu yang dinyanyikan oleh Datuk Jamal Abdillah bergandingan dengan Wany Hasrita.

Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Penyanyi Ernie yang menyampaikan lagu Gundah dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.



Lagu Belenggu Rindu mendapat tempat ketiga.

Manakala lagu Eh nyanyian Zizi Kirana memenangi anugerah Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 serta trofi.

Setiap persembahan finalis AJL35 malam ini dinilai oleh sepuluh juri profesional tanah air yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Juri-juri lain yang turut menyokong tugas beliau adalah Azmeer, Ajai, Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Datuk Acis dan Lukhman S.



Ernie akhirnya berjaya merangkul anugerah Vokal Terbaik.

Malam kemuncak AJL35 dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq.

Persembahan pembuka tirai AJL35 membariskan penyanyi hebat seperti Ella, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Yonnyboii, Naim Daniel, Tuju K-Clique.

Persembahan interlude AJL35 bertemakan ‘project band’ di mana Hujan, Hazama The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret mempertaruhkan persembahan medley dan mash up lagu-lagu terbaik mereka bersama Misha Omar, Dayang Nurfaizah serta Ziana Zain.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain