suria

Pengajian Jasmine Suraya di Amerika guna wang sendiri, sangkal dapat bantuan kerajaan

Jasmine menafikan dakwaan mendapat bantuan dana kerajaan untuk melanjutkan pengajian.

PELAKON Jasmine Suraya menegaskan pengajiannya di Los Angeles, Amerika Syarikat yang bakal bermula April ini tidak ditanggung oleh pihak kerajaan seperti didakwa segelintir pihak.

Jasmine atau Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, menjelaskan dia juga tidak menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan sebaliknya menggunakan simpanan sendiri bagi menampung pengajian di sana.

"Kenyataan mengatakan pihak kerajaan memberikan dana kepada saya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah tidak benar.

"Saya tidak mengharapkan sepenuhnya bantuan kewangan kerana saya sudah membuat persiapan dari segi simpan wang sejak awal lagi.

Jasmine merupakan graduan Aswara dan Enfiniti Academy.

Jasmine merupakan graduan Aswara dan Enfiniti Academy.

"Ingin saya nyatakan di sini, saya tidak pernah memohon dana secara terus kepada pihak kerajaan atau badan-badan lain yang tiada kaitan dengan bidang seni di Malaysia," katanya.

Pelakon itu tampil menjelaskan perkara itu susulan kenyataan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang disalah anggap netizen dengan menyangka dia mendapat pembiayaan penuh daripada kerajaan.

"Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini telah disalah erti dan membuka ruang kepada pelbagai andaian yang jauh dari konteks sebenar.

"Fahmi tidak pernah sesekali bersetuju untuk memberikan dana atau bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmine Suraya berhijrah ke Los Angeles, orang Malaysia pertama diterima masuk akademi filem

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perlu RM400 ribu tampung pengajian di Amerika, Jasmine Suraya jual barang peribadi

"Bagaimanapun beliau menyatakan dengan jelas dalam satu temu bual akan meneliti isu dana dan anak-anak seni," ujarnya.

Sementara itu, Jasmine berkata, dia tidak melihat keputusannya melanjutkan pengajian di Amerika sebagai satu kesalahan bagi menambah pengetahuan dan pengalaman di negara orang.

"Saya merupakan alumni pelajar Aswara serta Enfiniti Academy. Pendedahan dan penglibatan awal saya dalam bidang seni bermula di institusi tempatan dengan tunjuk ajar daripada figura hebat tanah air.

"Saya rasa tidak salah untuk saya menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman di luar negara yang seterusnya mungkin boleh dikongsi dan diaplikasikan dalam industri tempatan," katanya.

Sebelum ini, Jasmine mendedahkan dia memerlukan wang sebanyak RM300,000 ke RM400,000 untuk melanjutkan pelajaran di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.

Kongsinya lagi, permohonan mendapatkan bantuan di beberapa agensi kerajaan dan swasta juga tidak mendapat perhatian sehingga memaksanya menggunakan wang simpanan sendiri.

Jasmine menggunakan wang sendiri untuk menanggung kos pengajian.

Jasmine menggunakan wang sendiri untuk menanggung kos pengajian.

Susulan daripada itu, Fahmi memberitahu kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu aktres berkenaan melanjutkan pengajiannya di Amerika.

Kata Fahmi, pihaknya sedia membantu Jasmine sekiranya perkara yang dikemukakan adalah bersesuaian.

Bagaimanapun, kenyataan Fahmi itu menerima pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang mempersoalkan kelayakan Jasmine untuk menerima bantuan kerajaan.

Untuk info, Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg pernah menghasilkan beberapa graduan berbakat yang sudah menjadi pelakon popular termasuk Angelina Jolie, Chris Evans, Scarlett Johansson dan Lady Gaga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain