suria

[V] Sarah Yasmine bukan peminat, tampil bukti perbualan dengan Meerqeen

TIDAK dapat menerima tanggapan dia digelar peminat, kekasih gelap Aliff Aziz bertindak mendedahkan hubungan sebenarnya dengan aktor Meerqeen.

Sarah Yasmine mendakwa dia merupakan wanita yang rapat dengan Meerqeen selepas aktor itu berpisah dengan Anna Jobling sekitar 2023.

Wanita asal Singapura itu bagaimanapun menjelaskan dia bukan punca Meerqeen dan Anna berpisah.

"Saya wanita selepas Anna. Mereka putus cinta dan kemudian saya datang.

ms1

Sarah menjelaskan hubungannya dengan Meerqeen di Instastory miliknya.

"Saya dan Meerqeen dah tak ada apa-apa, saya dan Anna jadi kawan.

"Meerqeen tidak curang terhadap Anna dengan saya. Saya dan Anna jadi kawan selepas itu," katanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen kenal Sarah Yasmine tapi tak pernah berkawan, anggap hubungan sekadar peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine terpaksa kongsi rakaman Aliff Aziz menangis, minta kekasih salahkan Ruhainies punca segalanya

Menerusi hantaran berbeza, Sarah juga berkongsi tangkap layar perbualannya dengan Meerqeen pada Oktober 2023.

Dalam pada itu, Sarah menyifatkan Meerqeen sebagai seorang lelaki yang mengagumi diri sendiri dan dia tidak menyukai sikap pelakon tersebut.

Kata Sarah, sebelum ini dia hanya mengagumi ketampanan wajah Meerqeen namun bukan peminatnya sehinggalah mereka berkenalan pada Ogos 2022.

mer1

Sarah memberitahu dia tidak suka sikap Meerqeen yang disifatkan sebagai suka mengagumi diri sendiri.

"Saya tidak pernah meminati Meerqeen. 2019 di TikTok? Mungkin sebab dia mempunyai wajah kacak.

"Tapi selepas video pada 2019, saya tidak pernah bercakap dengannya walaupun sekali sehinggalah pada Ogos 2022.

"Saya tidak pernah suka dia sejak dia ada perangai 'sebab saya Meerqeen'. Jadi apa yang dia cakap sudah dapat dijangka," katanya.

Pada malam Jumaat, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mengakui pernah bertemu Sarah bagaimanapun berkata hubungan mereka tidak lebih daripada seorang artis dan peminat.

merq

Meerqeen menjelaskan hubungannya dengan Sarah hanya sekadar artis dan peminat.

Ia susulan seorang pengguna di aplikasi X mendakwa Sarah juga pernah mempunyai hubungan dengan Meerqeen.

Bagaimanapun, pengguna berkenaan tidak menjelaskan secara terperinci mengenai status hubungan Sarah dan Meerqeen.

Pada Isnin lalu, Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon Aliff Aziz sejak awal Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama seorang aktres pada Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain