suria

Awas kata-kata pujukan orang manipulatif, boleh runtuh rumah tangga! Kenali ciri mereka, elak dimanipulasi

Golongan manipulator berupaya merosakkan hubungan pasangan lain. -Gambar hiasan

SEDAR atau tidak, terdapat golongan yang bersifat manipulatif dalam kalangan kita sama ada berkaitan percintaan, kawan mahupun keluarga.

Kadang kala, kita mudah termakan dengan kata-kata mereka yang berniat untuk merealisasikan tujuan peribadi tertentu.

Lebih membimbangkan lagi apabila mereka tiada empati asalkan sesuatu itu dapat memberikan keuntungan.

Hubungan rumah tangga boleh menjadi goyah disebabkan orang lain. -Gambar hiasan

Menurut pengamal perubatan yang juga pempengaruh, Dr Ahmad Samhan, seseorang yang suka memanipulatif memiliki lapan ciri-ciri berikut:

1. Mahir dalam memujuk untuk dapatkan apa yang diinginkan.

2. Gaslighting untuk membuatakan seseorang itu rasa bersalah dan meragui diri mereka.

3. Kerap menipu untuk pertahankan diri.

4. Berpura-pura peduli kepada pasangan.

5. Mengabaikan pendapat pasangan.

6. Kurang empati terhadap cerita atau nasib orang lain.

7. Sering menggunakan bahasa manipulatif seperti... awak perlu ceraikan dia. Kemudian awak boleh bebas dengan saya. Tiada lagi 'toksik'.

8. Sukar untuk pikul tanggungjawab.

Kekal tenang dan tegas ketika berdepan golongan manipulatif. -Gambar hiasan

Terdapat lima tindakan boleh dilakukan untuk hadapi golongan manipulatif seperti:

1. Kenal pasti tingkah laku manipulatif dalam diri mereka.

2. Tetap tenang dan tegas.

3. Berkomunikasi secara terbuka.

4. Dapatkan sokongan.

5. Pertimbangkan kaunseling.

dr samhan

Dr Samhan merupakan pakar perubatan terkenal di media sosial.

Untuk makluman, Dr Samhan yang mempunyai pengikut sekitar 1.5 juta di TikTok merupakan salah seorang calon Anugerah TikTok Malaysia 2023 bagi kategori 'Best of Education'.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain