HONG KONG: Lawatan Perdana Menteri China ke Kuala Lumpur mulai Jumaat mendapat liputan meluas akhbar utama di sini dengan China Daily memberi keutamaan sebagai berita muka depan. Li Keqiang akan berada di Malaysia sehingga Isnin untuk menghadiri Persidangan Kemuncak Asean dan pertemuan di antara Asean dengan China, Jepun dan Korea Selatan. Keqiang juga akan turut mengadakan lawatan rasminya ke Malaysia selepas itu. China adalah rakan dagangan Malaysia yang terbesar di kalangan 10 negara Asean.