MOSCOW: Beberapa penumpang dalam penerbangan Aeroflot dari Moscow ke Bangkok cedera apabila pesawat Boeing 77 yang dinaiki mereka mengalami gelora udara yang teruk pada Isnin. Syarikat penerbangan Rusia itu dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira 40 minit sebelum ia mendarat di ibu negara Thailand pada Isnin. Menurut syarikat penerbangan itu, anggota kru tidak sempat memberi amaran kepada penumpang mengenai bahaya ketika insiden berlaku. Kenyataan itu memberitahu, beberapa penumpang mengalami kecederaan. Pengendali lapangan terbang utama Thailand, The Airports of Thailand memberitahu Reuters bahawa pesawat Boeing 777 telah mendarat di Bangkok. Aeroflot mengendalikan dua penerbangan sehari dari Moscow ke Bangkok. - Reuters