KISAH seorang anggota polis yang dibuang kerja akibat berkelakuan tidak senonoh pada tahun 2017 kembali diperkatakan menerusi perbicaraan terbaharu yang berlangsung Khamis lalu. Menerusi kes di sebuah balai polis di London, anggota lelaki itu mendapatkan nombor telefon seorang wanita yang berkunjung ke balai untuk membuat laporan. Sejurus wanita itu pulang, dia bukan sahaja menerima teks lucah, malah turut terkejut apabila menerima foto tidak senonoh yang dihantar anggota berkenaan. Enggan berdiam diri, dia membuat laporan atas perlakuan anggota berkenaan. Hasil siasatan mendapati ia benar-benar berlaku, memaksa anggota berkenaan ditamatkan perkhidmatannya serta merta. Menerusi perbicaraan mahkamah terbaharu itu, mereka merumuskan segala dakwaan yang dibuat dan menyifatkan apa yang berlaku meruapakan satu kesalahan dalam standard kerjaya. Bagaimanapun, maklumat mengenai hukuman yang dikenakan tidak dimaklumkan. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!