ORANG yang berhutang nampaknya lebih agresif daripada mereka yang mengutip hutang. Namun, begitulah yang terjadi kepada seorang ibu. Mana tidaknya, wanita itu mula membuat ancaman saat diminta hutangnya untuk dilunaskan. Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia. ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak hidup merempat gara-gara hutang cukai bekas suami Menerusi satu perkongsian video di Instagram @terang_media, seorang ibu didatangi seorang lelaki yang bertugas sebagai pengutip hutang. Saat hutang dikutip, wanita itu mengugut untuk mengelar leher sendiri menggunakan pisau. Wanita tersebut kemudian mengaku hutangnya telah dijelaskan sebelum lelaki berkenaan beredar. Menerusi perkongsian video, rata-rata netizen berang dengan tindakan wanita itu. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube