Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.40 petang, semasa bas kilang yang membawa 15 penumpang dari Pulau Pinang itu keluar dari susur berkenaan sebelum hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah treler yang bergerak perlahan di bahu jalan.
Semua mangsa yang parah kini dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.
Kejadian tersebut mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Lebuh Raya Utara-Selatan dari Bertam, Kepala Batas menghala ke arah utara.