PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan melawat Datuk Bung Moktar Radin di hospital pada Jumaat, dan menyuarakan harapannya supaya Ahli Parlimen Kinabatangan itu segera sembuh. Ahmad memuat naik gambar menunjukkan beliau duduk di sebelah katil Bung di hospital. Dalam 'posting' berkenaan, Ahmad berharap supaya Bung segera sembuh. "Moga Datuk Bung Mokhtar segera sembuh akibat sakit buah pinggang. Beliau rakan saya dan ahli Parlimen yang lantang dan baik," kata Ahmad di Twitter beliau. Bung sakit sejak tahun lalu dan tidak hadir pada Perhimpunan Agung Umno pada Disember lalu.