suria

Penjawat Awam Johor Dapat Bonus Setengah Bulan Gaji

KOTA ISKANDAR: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada para penjawat awam negeri sebagai menghargai komitmen mereka ketika membentangkan Bajet Johor 2017 pada persidangan Dewan Negeri Johor, di Kota Iskandar di sini, Khamis.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Johor telah merekodkan pelbagai pencapaian yang membanggakan sejak kebelakangan ini.

“Usaha itu tidak akan dapat dicapai tanpa kerja keras dan komitmen kakitangan kerajaan.

“Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan semua dalam membangunkan Johor. Semoga budaya kerja yang cemerlang itu dapat diterus dan digandakan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan bonus yang sama kepada wakil rakyat termasuk daripada parti pembangkang.

Artikel Lain