suria

Robot Layan Pelanggan Kopitiam

IPOH: Jika berkunjung ke Nam Heong Kopitiam di sini, jangan terkejut jika disapa pelayan yang sungguh istimewa.

Lebih menarik ia dinamakan sempena chef selebriti terkemuka seperti Dilraba Dilmurat, Hannah Quinlivan, Michelle Reis, Fan Bingbing dan Angelababy.

Ia juga boleh mengucapkan "Selamat Datang", "Makanan anda telah siap, sila nikmatinya", "Saya sedang bertugas, sila beri arahan" dan "Maafkan saya".

Namun, semua diatas adalah pelayan mekanikal atau bahasa mudahnya - robot yang memberi perkhidmatan di sebuah premis di Ipoh Soho.

Bergerak menggunakan roda, robot ini diprogram untuk membawa makanan ke meja pelanggan menggunakan dulang khusus.

Bagaimanapun, kata Penolong Pengurus Besarnya, Jacklyn Lim, pelanggan masih perlu mengambi pinggan makanan dari dulang yang dibawa robot itu.

"Fungsi utamanya adalah untuk membawa makanan ke meja pelanggan.

"Robot itu juga diprogramkan untuk meminta pelanggan mengambil makanan yang dipesan dari dulang yang dibawanya," katanya.

Apabila pelanggan telah mengangkat makanan dari dulang pada robot itu, mereka perlu menyentuh butang sensor pada lengan robot itu supaya ia dapat kembali ke ruang menunggu untuk tugasan seterusnya.

"Alat pengesan dipasang pada robot itu bagi mengelak bertembung dengan pelanggan ketika bertugas," katanya.

Kata Lim, robot itu bukan untuk menggantikan pekejanya tetapi untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

"Pekerja lain akan mengambil pesanan makanan dan minuman seperti biasa, selain membersihkan meja serta premis," katanya.

Malahan, katanya, dengan adanya robot itu, tempoh menunggu pelanggan dapat dikurangkan kepada 10 minit sekarang berbanding 15 minit sebelum ini.

Setakat ini, premis itu memiliki lapan robot di Ipoh dan dua lagi di kopitiam yang beroperasi di Da Men Mall, Selangor," katanya sambil menambah kos untuk memiliki robot itu mencecah kira-kira RM18,467.

Lim juga merancang untuk menambah bilangan robotnya untuk ditugaskan di premis sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands.



Nam Heong Kopitiam, Ipoh Soho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain