suria

Pramugara Malaysia kantoi bawa wang tunai lebih RM800,000, penjara 12 bulan di Britain

Muhamad Aziz ditahan ketika membawa wang tunai £150,000 (RM807,300) di Britain. Foto: NCA

PETALING JAYA: Seorang pramugara dari Malaysia dipenjara 12 bulan kerana disabitkan dengan kesalahan pengubahan wang haram di Britain.

Muhamad Aziz, 37, ditahan ketika cuba menyeludup £150,000 (RM807,300) secara tunai di luar negara.

Peguatkuasan undang-undang British, Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) melaporkan bahawa Muhamad Aziz dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Isleworth Khamis lalu.

Laporan itu berkata Muhamad Aziz dalam perjalanan untuk terbang dari London ke Kuala Lumpur dan ditahan oleh pegawai keselamatan di Lapangan Terbang Heathrow Terminal 4.

Katanya pegawai itu kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa selepas menemui wang tunai £100,000 (RM538,200) dalam sebuah beg dan £50,000 (RM269,100) lagi dalam sebuah beg tangan hitam ketika pengimbasan dilakukan.

Berdasarkan laporan, Muhamad Aziz memberitahu dia telah membawa wang itu dari luar negara ke UK.

Dia juga memberitahu duit itu untuk membeli beg dan jam tangan di pusat membeli belah di Harrods.

Bagaimanapun, Muhamad Aziz mendakwa bahawa dia tidak dapat menghabiskan wang itu kerana 'terlalu letih'.

Laporan itu menambah bahawa dia juga enggan menerangkan dua resit dari kedai pakaian Primark yang ada padanya, pada hari yang sama, termasuk kad pendaftaran pelanggan pertukaran wang dari Malaysia.

Pengurus Operasi Heathrow NCA, Ian Truby memberitahu cerita Muhamad Aziz itu tidak munasabah dan membuatnya hampir ketawa.

"Dia merupakan seoranga anak kapal selama 15 tahun dan patut tahu  mengetahui undang-undang tentang membawa wang masuk dan keluar negara. Nampaknya dia memutuskan untuk menggunakan pekerjaan itu sebagai perlindungan terhadap jenayahnya.

"Wang itu akan dirampas di bawah Akta Pencegahan Jenayah," kata Truby.

Wang haram, Pramugara

Artikel Lain