suria

Perodua Bezza 2020 dibuka untuk tempahan, kenderaan cekap elektrik pertama Malaysia

Model terbaharu Perodua ini dijual dalam empat varian, 1.0G, 1.0G, 1.3X dan 1.3AV. -foto Perodua

PERODUA Bezza 2020 - versi terbaharu sedan popular dengan reka bentuk pintar, keselamatan pintar dan pemacu pintar, kini dibuka untuk tempahan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata Perodua Bezza adalah sedan pertama dan kenderaan cekap elektrik (EEV) pertama Malaysia, dengan bahagian atas badan, dibangun sepenuhnya oleh Perodua.

"Bezza terbukti sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan 184,000 unit dijual sejak pelancarannya pada Julai 2016," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Bahagian dalam nampak eksklusif.

Model terbaharu Perodua itu dijual dalam empat varian - 1.0G, 1.0G, 1.3X dan 1.3AV, dengan harga daripada RM34,580 hingga RM49,980.

Gaya bahagian depan hasil daripada reka bentuk bumper dan gril baharu, dilengkapi lampu LED dan skirt sisi dua tona.

"Dua warna badan yang merupakan ciri baharu Bezza - Garnet Red (eksklusif dengan varian 1.3 liter) dan Granite Grey - tambahan kepada empat warna sedia ada - putih gading, perak berkilauan, biru laut dan gula perang," katanya.

Perodua Bezza 2020 dilengkap jaminan lima tahun/150,000 km. -Bernama

Bezza 2020, Perodua, EEV, harga

Artikel Lain