suria

Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri Ahad ini

Perkara itu diumumkan pada Jumaat malam oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. fotoBERNAMA.

UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Jumaat malam.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 24 Mei 2020, ” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.- BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain