suria

Covid-19: Hasil saringan di pintu masuk utama negara, Malaysia kesan kes pertama mutasi berganda dari India

Mutasi itu dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) yang dijalankan dari 24 April hingga 1 Mei lalu. (Gambar Hiasan)

REKOD jangkitan Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan angka membimbangkan.

Terbaharu, Malaysia mengesan kes pertama varian Covid-19 dari India dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1.

Ia dikesan hasil saringan di pintu masuk utama negara.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata mutasi itu dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) yang dijalankan dari 24 April hingga 1 Mei lalu.

Katanya, kes direkod melalui kemasukan seorang warganegara India yang melakukan ujian saringan di Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Berdasarkan laporan WGS, beberapa penemuan direkodkan membabitkan 59 genom dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi tempoh dari 24 April hingga 1 Mei (semalam)

"Ini termasuk 30 lagi varian membimbangkan (VOC), iaitu 27 varian Afrika Selatan B.1.351 dan tiga varian United Kingdom, UK B.117, malah kita menemui varian mempunyai kepentingan (VOI), iaitu varian dari India, B.1.617.

"Malangnya, laporan IMR ini mengesahkan kes pertama VOC B.1.351 di Perak dan Kelantan, membabitkan kewujudan kluster dengan 10 kes positif di setiap negeri terbabit," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain